7 Tips Berkesan Elak Bos Marah Dan Berleter

tips uruskan bos

 

Selalu kena marah dengan bos ?

Terus tak ada mood. Rasa nak balik rumah je. Tapi tak boleh. Kena sabar.

Sebabtu saya nak share 7 cara elak bos marah. Ni bukan reka tapi memang motivator terkenal yang ajar saya.

1. Jalan Laju

Bila nampak je bos, anda kena jalan laju-laju.

Pernah tengok orang Jepun jalan ?

Laju macam nak pergi tandas. Itulah kelajuan yang anda kena jalan. Sebab nak bagi nampak yang anda sedang sedang sibuk kerja. Nampakla pekerja yang semangat.

2. Kepit Fail Banyak-Banyak

Ambik 4 fail dan usung bagi dia nampak. Anda akan dilihat macam pekerja contoh.

3. Buat Muka Stress

Kalau dia moody, kita buat muka ‘tension’.

Jadi dia tak jadi nak marah. Dia rasa kesian. Baru dia sedar bukan dia saja ada masalah. Buat je walaupun dalam hati tengah seronok.

4. Jangan Main Handphone

Walaupun handphone ialah alat komunikasi yang efektif untuk urusan kerja, tapi kalau asyik mengadap handphone lama-lama akan nampak kita tak buat kerja.

Mungkin dia akan fikir kita meniaga online. Itu trend sekarang. Kan semua orang meniaga online sekarang.

Jadi kalau nampak dia, cepat-cepat fokus buat kerja. Letak handphone lepas tu buat-buat belek fail.

5. ‘Total Response’

Semasa mesyuarat pastikan anda bagi perhatian penuh pada bos. Siapa yang melukis atau tengok handphone akan di cop tak bagi perhatian.

Ini sebenarnya cara bina ‘rapport’ yang sangat berkesan.

6. Datang Awal/ ‘Puntual’

Datang lewat akan buat anda dilihat sebagai seorang yang tak berdisiplin.

Kalau selalu datang lambat, sikit-sikit bos akan simpan dalam hati. Bila dia tengah moody, anda lah sasaran utama.

Jadi kena datang kerja awal atau mesyuarat. Kalau dia tengah marah, yang lambat akan kena.

7. Sapa

Tak ramai pekerja yang berani tegur bos semasa dia moody. Tapi menyapa bos ialah cara yang efektif.

Tapi mesti betul caranya. Jangan cuba bergurau. Itu bukan masanya.

Cuba tanya kenapa bos stress atau moody. Tanya dia sihat ke tak.

Dia akan fikir yang anda risaukan dia. InsyaAllah dia tak akan marah anda sampai bila-bila.

 **********

Jom kongsi pengalaman anda kena marah dengan bos di bahagian komen. Mesti banyak cerita kelakar !

Sumber: Sebahagian dari ucapan Heera Singh semasa program motivasi pekerja di Petronas Carigali Miri, Sarawak