Skip to content

3 Cara Mulakan Bisnes Online

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, macam mana ingin mulakan bisnes online pada tahun ini dengan cara yang betul. Bila kita lihat zaman sekarang, ekonomi jatuh, dengan peluang pekerjaan berkurangan. Masing-masing ingin mulakan langkah dalam bisnes antaranya dengan bisnes online. Jadi saya akan kongsi 3 cara untuk mulakan bisnes online:

1. Pilih target market mengikut masalah di sekeliling anda.

Pertama untuk mulakan bisnes online, kenal pasti dahulu masalah orang di sekeliling kita. Disebabkan bisnes terbina dari masalah orang sekeliling. Andai kata produk tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah orang maka tiada siapa akan beli.

Contoh, nitch kami produk kesihatan dan kecantikan dan di luar sana ada 1001 masalah. Kenal pasti target market kita. Misalnya, ada orang mempunyai masalah kegemukan, gaut, gastrik, asthma dan pelbagai. Sudah pasti, mereka akan cari satu paroduk dapat menyembuhkan masalah mereka.

amin kamarudin norfaziela

2. Pilih syarikat yang sudah bertahan lama.

Kedua, kenal pasti syarikat apa yang kita pilih. Bagi mulakan bisnes online, wajib cari syarikat yang mampu beri sistem online yang lengkap. Bila kita ingin terjun dalam dunia bisnes sudah pasti kita ingin bisnes yang berkekalan sehingga anak cucu. Dapat kekal sehingga 20 tahun, 30 tahun dan sebagainya. Sudah pasti kita tidak ingin bisnes 3 bulan, 5 bulan dalam masa sekejap disebabkan syarikat tutup, bankrup dan sebagainya dan kena mula bisnes pada awal balik.

Macam saya, sudah duduk dalam bisnes ini selama 6 tahun dari 2013. Ramai yang rakan-rakan saya yang pelik macam mana boleh selama ini. Sedangkan mereka semua ada yang tukar bisnes sehingga 12 kali, 6 kali dan sebagainya.

Jadi, macam mana ingin kenal pasti dan pilih syarikat yang betul. Cari track record syarikat tersebut yang bertahan 20 tahun, 30 tahun dan 60 tahun. Bila syarikat mereka bertahun-tahun beroperasi sudah pasti mereka banyak mengalami krisis ekonomi dunia jatuh. Syarikat mereka mampu bertahan. Apabila syarikat mempunyai aset dan berpengalaman dalam mengalami krisis dunia maka pelabur-pelabur tidak risau melabur pada syarikat mereka.

3. Pilih sayarikat yang ada sistem online yang lengkap.

Ketiga, anda perlu cari satu sistem online yang mampu support kita. Contoh, anda pilih satu syarikat yang complet sistem online dia. Seperti, boleh track order, lihat keuntungan, post dan lain-lain lagi. Bila kita lihat di Malaysia, banyak sistem online tetapi selalu server down, tidak lengkap, post barang tidak update dan sebagainya.

Kesimpulan, zaman sekarang anda mampu untuk bisnes online di rumah. Dengan kemudahan yang ada kita mampu menjana pendapatan sampingan tetapi pastikan dengan cara yangt betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *