Hari ini, kami ingin menerangkan beberapa kesalahan-kesalahan dalam bisnes yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, rakyat Malaysia sudah mula ada kesedaran untuk mempertingkatkan taraf ekonomi melalui bisnes. Namun, rakyat malaysia ramai yang gagal, ada yang separuh jalan ,bankrup dan sebagainya.
Jadi kami ingin berkongsi 3 kesalahan bisnes yang paling popular di Malaysia.
1)Tuan Punya Produk Hanya Mementingkan Keuntungan.
Tuan punya produk hanya memikirkan jenamanya sendiri dan menjual seberapa banyak yang boleh asalkan mengaut keuntungan.
Contohnya, produk kecantikan. Selepas 2 atau 3 tahun, produk mereka disenaraikan bahaya oleh KKM.
Bila kita lihat, produk mereka tidak melakukan pelaburan yang besar untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Kebanyakkan hanya repackaging.
2)Sentiasa Belajar.
Dalam bisnes kita sentiasa perlu belajar. Kalau kita rasa sudah berjaya kemudian kita berheti belajar sangatlah bahaya. Kita ni ibarat seperti sebiji buah, Bila sudah matang lama-lama akan buruk dan busuk.
Kalau kita berjaya buat sale yang besar dan banyak. Kita rasa kita bagus dan tidak perlu lagi bermentorkan orang berjaya.
Itu sangat-sangat Bahaya.
3)Follow Up
Dalam proses jualan ramai pandang rendah proses follow up.
Anda dah banyak laburkan untuk pemasaran, luangkan masa , tenaga dan usaha. Tetapi, ramai yang betul-betul tidak follow up pelanggan yang ada.
Itu memang rugilah.
Cara terbaik untuk follow up adalah asalnya dari pemilihan produk. Andai produk kita berkualiti pelanggan sendiri akan follow up produk kita. Sebab mereka rasa kesannya.
Sekian.