Dalam bisnes, sudah pasti kita nak buat jualan yang besar dan capai kejayaan peringkat yang lebih tinggi. Iaitu bukan hanya sekadar ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan. Banyak mentor-mentor bisnes dan sifu-sifu junior mengatakan kita perlu ada kempipinan atau bahasa mudah leadership.
Jadi hari ini saya akan kongsikan beberapa tips leadership yang anda perlu ada dalam bisnes untuk lihat bisnes anda meroket ke bintang.
Apakah tips bisnes selaku seorang peniaga yang anda boleh belajar daripada mentor bisnes, buku-buku atau siri-siri video yang disediakan. Tetapi pada saya sumber leadership yang terbaik adalah daripada mentor yang telah berjaya dalam bisnes anda. Itu yang paling penting sebab ianya telah diubah mengikut acuan yang diperlukan bisnes itu sendiri.

Pertamanya, saya ingin kongsi ianya benda yang biasanya orang dengar tetapi orang tidak biasa buat. Kita kena lead by example. Apa maksud lead by example? Bila kita ada bisnes, ktia mesti ada banyak ejen-ejen di bawah kita. Kita ingin mereka berjaya jadi kita perlu tunjukkan kejayaan-kejayaan yang kecil. Barulah mereka akan inspire dan ingin berjaya seperti kita.
Selain daripada itu, kita perlu tunjuk dahulu sebelum kita menyuruh. Apa aktiviti-aktiviti bisnes, apa displin bisnes yang diperlukan supaya mereka juga dapat berjaya seperti kita. Kita kena tunjuk dulu jalan, berjaya lebih awal tanpa menggunakan alasan yang kita tidak berjaya sebab team kita tidak berjaya. Kita create success atau kejayaan itu dahulu kemudian barulah mereka tengok. Bahasa mudah dia begini, kalau orang itu decide untuk berjaya walaupun apa jua masalah mungkin ejen-ejen atau customer-customer pun tidak menyokong tetapi kita boleh kawal prestasi bisnes mengikut displin ataupun mindset yang kita pegang. Lead by example, bukan hanya cakap saja. Kita tunjuk macam mana buat, kita tunjuk hasil yang jadi. Mereka akan lebih terinspirasi dari kita hanya suruh-suruh.
Keduanya ialah, antara salah satu ciri kempipinan ialah kita peduli. Saya suka untuk dengar daripada Simon Sinek yang merupakan satu mentor atau icon leadership yang sangat berjaya dalam dunia. Banyak speaker-speaker serta program yang menjemput dia seperti Apple, Microsoft yang jemput Simon Sinek untuk bagi talk. Tukar mindset leadership staff-staff dan management mereka.
Jadi ada salah satu benda yang saya suka statement dari Simon Sinek ialah bila inginkan leadership, bila kita pimpin kita punya team bisnes, ejen-ejen bawah kita, bisnes-bisnes partner kita dia tidak jauh beza dengan parenting. Bahasa mudahnya,apa terjadi sekalipun kita sayang kita punya anak. Walaupun anak itu tidak faham lagi apa yang ingin kita sampaikan, apa kesan bila kita buat macam ini dan sebagainya. Bila kita pedulikan kita punya ejen jadi kita banyak bertindak di atas hujah itu. Walaupun mereka tidak faham dan kadang-kadang terpaksa paksa mereka buat sebab kita tahu resultnya akan bertambah baik.
Sebagai seorang leader seharusnya kita pentingkan apa pencapaian kita punya team berbanding dengan kita. Memang kita ingin duit dan capai kejayaan tetapi kita hanya boleh capai benda itu bila mana kita punya team pun berjaya sama atau lebih dari kita. Itu kelebihan leadership ibarat lilin yang membakar diri. Walaupun kadang-kadang kita susah, ada masalah kita tetapi kita pentingkan untuk selesaikan masalah team-team bisnes kita dahulu.
Itu adalah leadership. Dimana kita perlu peduli dan kisah apa yang mereka ingin capai dan apa kesan bilamana bisnes itu bagus apa yang berlaku pada keluarga dan anak-anak mereka. Kadang-kadang bila kita pergi coaching ataupun buat program, kita tengok anak-anak jadi kita boleh visualize. Apa yang berlaku sekiranya kita guide mereka betul-betul walaupun dalam keadaan tidak faham lagi di peringkat awal. Hidup mereka akan berubah, hidup pasangan akan berubah mengikut keluarga anak-anak semua akan berubah dan kita ada peranan yang besar perubahan dan kejayaan itu.
Sudah semsetinya kita perlu sabar disebabkan leadership perlukan masa. Kejayaan perlukan masa. Good things requirt time. Benda yang bagus memerlukan masa untuk faham dan tidak pernah mengalah.

Tips leadership yang ke 3 dalam bisnes ialah kita perlu mendengar dahulu. Bila kita ingin bawak team-team serta ejen bisnes, kita perlu banyak mendengar. Ada satu perkataan iaitu leader eat last ataupun leader talk last. Jadi bila kita bantu kita punya team, kita tidak layak ingin jawab atau selesaikan masalah dia dalam keadaan kita masih belum faham apa masalah dia. Sebab ramai mentor-mentor, leader-leader dan termasuk diri saya dahulu, kita akan suka untuk prejudgde dan kita terus tidak bagi jawapan.
Ada beberapa ketika, kita suka potong percakapan kita punya team dalam keadaan mereka belum habis luahkan. Listening adalah satu skill yang sangat hebat dalam leadership. Sehinggakan kita perlu faham betul-betul dan kita tanya beberapa soalan untuk diri kita. Apa yang mereka rasa? Apa yang berlaku dalam kedudukan mereka? Barulah kita boleh bagi penyelesaian yang tepat untuk masalah mereka. Kalau tidak kita akan jawab atas benda yang kita salah faham maka akan menimbulkan miss communication.
Kesimpulanya, dalam leadership kita perlukan bonding. Dalam keadaan sekarang zaman online tetapi luangkan masa untuk jumpa. Bila jumpa banyak problem akan selesai. Kita akan lebih rapat dengan mereka dan mereka akan kurang prejudge kita. Mereka sebenarnya ingin bertanya banyak soalan,contohnya apa masalah dalam bisnes. Kadang mereka segan, takut menyusahkan kita. Jadi bila kita jumpa mereka, kita akan rasa satu kemesraan yang rapat dan mudah untuk kita bantu.
Mereka akan mula tidak rasa segan dan kekok untuk bertanya pada kita. Misi kita memang untuk support sehingga capai goal atau impian yang dia target dalam bisnes itu. Coaching, mentoring, disscussion akan berjalan lancar dan masalahm akan lebih banyak dan cepat selesai. Hanya dengan kita create a better bonding