7 Sebab Kenapa Cikgu Boleh Jadi Peniaga Yang Hebat

bisnes untuk cikgu

Susah nak jumpa cikgu yang tak ada bisnes. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, ada cikgu jual baju, kain, ubat, pinggan mangkuk, mlm dan pakej umrah.

Sampai ada  Facebook group khas untuk cikgu-cikgu berniaga. Tak ada pula kami jumpa group bisnes untuk jurutera, arkitek, kerani, akauntan atau jawatan lain.

Jadi, cikgu/ ustaz/ pensyarah memang ada bakat berniaga ke ?

Rupanya betul. Kerja mengajar memang cenderung untuk bawa seseorang jadi peniaga yang hebat. Bukan kebetulan tapi itulah hakikatnya.

Contohnya Jack Ma, pengasas kumpulan Ali Baba ialah seorang pensyarah bahasa inggeris di Universiti Hangzhou Dianzi.

Tapi kenapa mereka jadi pandai berniaga ?

7 Sebab Kenapa Cikgu Boleh Jadi Peniaga Yang Hebat

1) Mudah Memahami Kehendak Pelanggan

Kita tak boleh bantu pelanggan selagi kita tak tahu apa masalah sebenar mereka. Kami lihat ramai peniaga yang gagal ‘close sales’ hanya sebab terlalu gopoh nak jual.

Cikgu pula lain. Kerja harian mereka ialah memahami pelajar supaya apa yang diajar itu diterima. Kemahiran yang sangat penting dalam proses jualan dalam bisnes.

2) Mindset Bantu Semulajadi

Kan ini kerja cikgu setiap hari. Bertahun-tahun bantu pelajar jadi pandai. Jadi manusia berguna.

Sama dengan peniaga. Tapi majoriti peniaga baru tak faham konsep bantu. Selesaikan masalah pelanggan dan peniaga akan dapat duit yang lumayan.

Tak perlu terlalu fokus pada duit. Kalau kita ikhlas bantu, proses jualan sebenarnya jadi lebih senang.

Jadi, cikgu boleh guna konsep yang sama pada pelanggan.

3) Seni ‘Presentation’ Yang Sedia Hebat

Rutin kerja cikgu ialah bercakap, ada kala melawak dan bermacam cara lagi supaya anak murid faham.

Ini semua ialah teknik presentation.

Dalam bisnes, kemahiran ‘presentation’ sangat berharga. Presentation pada pelanggan akan bagi anda jualan. Presentation pada ejen pula akan bagi jualan yang lebih banyak.

4) Kebolehan Berbicara

Zaman sekarang ramai hebat mengayat di keyboard telefon dan komputer. Tapi bila depan pelanggan bagi produk dan terus berlalu.

Betul, ini dilema peniaga muda sekarang. Tak tahu apa nak diborak dengan pelanggan. Ruginya.

Jadi kebolehan bercakap baik untuk ‘presentation

5) Kebolehan Memujuk 

“Ah, malas lah nak pujuk. Dia nak beli, beli. Tak nak beli sudah”, rungut peniaga pada saya bila tak berjaya buat jualan.

Meniaga nak laku kena pandai pujuk. Macam cikgu cuba ambil hati pelajar untuk suka belajar walaupun mereka sebenarnya tak nak.

Cubalah tengok bila kita pergi beli kedai Cina. Dia pujuk kita habis. Dah keluar kedai pun pujuk lagi. Itu sikap yang betul pada jualan.

Satu kemahiran mahal yang sedia ada pada cikgu.

6) Ramai Kawan

Cikgu bukan saja sibuk dengan mengajar tapi juga banyak aktiviti sekolah yang lain. Contohnya hari sukan sekolah, daerah, majlis anugerah dan kursus. Selalu jumpa cikgu lain dan ibu bapa pelajar.

Pendik kata cikgu kenal ramai orang. Pengguna dan peniaga lain.

Kalau ada produk dan sistem bisnes yang betul, ‘network’ ini boleh bagi pendapatan 4-5 angka sebulan yang konsistan.

7) Banyak Masa

Masa ialah modal yang paling mahal. Dan cikgu ada lebih masa berbanding jawatan lain.

Ada cikgu jadi peniaga dalam Bisnes Ultimate  pukul 3:30 dah sampai rumah. Itu tak kira lagi cuti sekolah yang panjang.

Contohnya ada seorang guru di Kuala Kangsar. Selepas balik dari sekolah beliau akan buat aktiviti bisnes part time.

Hanya 1-2 jam sehari, jualan beliau mencapai RM20,000 sebulan. Banyak kan ?

Kesimpulan

Cikgu/ ustaz atau pensyarah memang ada bakat berniaga. Dari kerja mereka bertahun-tahun, mereka dapat kemahiran berniaga secara semujadi.

Jadi sah mereka ini peniaga yang hebat. Setuju tak ?

Tuliskan pandangan anda diruang komen. Terima kasih.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *