Skip to content

Berapa Pendapatan Youtuber

Ramai sudah mula minat untuk menceburi bidang Youtube. Selain itu, ramai juga ingin menjana pendapatan melalui Youtube. Jadi saya akan kongsikan pada anda yang berminat untuk jadi Youtuber untuk menjana income dari Youtube.

Ramai orang tahu yang pendapatan dari Youtube datang dari views. Sebenarnya banyak lagi income melalui Youtube yang jauh lagi cepat daripada views. Jadi beberapa tahun lepas channel Youtube saya baru boleh di ‘monetize’. Apa makna ‘monetize?

Bila anda baru buat channel Youtube, anda tidak boleh terus mendapat income dari Youtube. Disebabkan anda perlu penuhi kritria untuk layak dapat income. Ini dipanggil sebagai Youtube Partner Program. Jadi ia merupakan Monetization.

Anatara syaratnya ialah:

  1. Seribu orang suscribers dan tidak boleh kurang.
  2. Jumlah tontotan setahun kebelakang mestilah mencapai 4000 jam.

Bila anda cukup sahaja memenuhi kriteria ini, apa yang berlaku ialah Youtube akan menghantar email mengatakan anda sudah layak untuk di monetize dan dijadikan sebagai Yotube Partner Program. Jadi hanya perlu follo step by step. Youtube akan guide untuk register Google Ad-Sense dan perlu di-link kan pada channel anda. Barulah akan dikira income mula pada itu.

youtube master class

Mengikut pengalaman saya, bila mana total earnings saya mencecah 100 USD. Barulah duit itu boleh di transfer ke dalam account. Kita akan menggunakan interbank tranfer ataupun cek. Macam saya guna interbank tranfer akan ada satu code supaya mereka boleh transfer dari luar negara ke Malaysia. Bila sudah layak Youtube akan mula balik kumpul semula views.

Selain itu, mesti anda tertanya-tanya berapa income youtubers. Dalam banyak-banyak pembacaan saya, seperti di US untuk 1 juta views anda boleh dapat lebih kurang 2 ribu Dolar. Namun di Malaysia, saya tidak pasti disebabkan Google Ad-Sense akan lihat dari topik atau nitch. Misalnya, channel mengenai kereta mungkin berbeza dengan masakan. Cuma kita boleh ketahui purata pendapatan youtuber sahaja. Jika untuk kira jumlah income secara khusus boleh lihat nitch apa, berapa total views dan minit tontonan sejak di monetize.

Jadi untuk saya, nitch saya banyak menceritakan tentang bisnes. Sebenarnya, saya ada 2 channel. Pertama sebanyak 10 ribu subscribers dan channel kedua dalam 7 ribu subscribes. Jumlah dalam 17 ribu subscribers kalau di gabungkan. Oleh itu, dalam 17 ribu subscribers ini, berapa income saya boleh dapat.

Jadi, saya punya income bulanan dalam 38.71 Dollar sahaja. Bila dikalikan dengan 4.2, income saya hanya RM 162.58. Sebab itu, ini bukanlah income utama saya di Youtube. Benda paling cepat dan banyak lagi income banyak lagi terknik lain. Namun, kalau inginkan income yang banyak Google Ad-Sense bukanlah caranya. Contoh teknik-teknik lain yang banyak boleh income dalam 5 tahun pertama seperti affiliate, jualan produk. Cara ini lagi banyak dan lagi cepat jana income dan tidak perlu tunggu seribu subscribers. Banyak student-student saya, team-team saya, saya tidak bawak untuk capai seribu subscribes atau views yang tinggi. Biasanya mereka akan putus asa sebab dia memerlukan masa yang agak lama.

Sebenarnya memang ada yang capai seribu subscribers dalam 10 ke 11 bulan tetapi kena usaha keras sedikit. Walaubagaimanapun, mungkin ada yang relax dan kadang semangat kadang malas biasanya akan bertahun.

Jadi kalau anda inginkan cepat untuk jana income, kami ada cara-cara lain yang jauh lebih efektif dan cepat. Berbalik pada student-student saya, biasanya saya akan tekankan untuk buat jualan di Youtube. Bila saya lead, ada yang secepat 2 hari sudah dapat order. Bila dapat order, terus income dan komisyen 30 peratus 40 peratus mengikut produk dijual. Teknik ini lebih cepat dan lebih banyak berbanding daripada income Google Ad-Sense. Walaupun begitu, bagi saya ianya boleh dijadikan side-income bisnes di Youtube.

Bayangkan siapa ingin bagi RM 162 saja-saja. Hanya sekadar cakap-cakap kemudian dapat sales atau jualan bulanan harian dan dapat lagi extra incpme dari Google Ad-Sense. Kalau anda inginkan fokus untuk dapatkan views tiada masalah. Cuma, mungkin anda seorang gamer cuba create produk digital. Contohnya macam e-book, mungkin anda boleh 15 stratergi untuk menang sesuatu permainan.

Jadi zaman orang tengah fanatic game-game ini, mungkin anda boleh buat satu buku. Mungkin ada orang suka tengok melalui video ataupun mungkin suka melalui baca buku. Sebab orang tidak belajar dari sudut tetapi belajar dalam banyak sudut. Misalnya, audio ataupun visul dan sebagainya. Cuba create benda-benda macam itu untuk jana income lebih cepat.

Macam saya untuk memilih untuk letakkan satu bisnes yang beri repeat order berpanjangan. Bila saya dapat customer dari saya punya Youtube mereka akan beli dan guna produk itu. Jadi bila produk rasa kesan daripada produk itu. Apa yang berlaku mereka akan konsisten, mereka akan beli dan makan bertahun-tahun. Malah ianya akan jadi lebih besar bila mana mereka akan kongsi kesan produk it dengan keluarga atau rakan-rakan. Jadi ianya akan menjadi indirect marketing sebab produk yanng hebat.

Kalau anda memang minat buat Youtube dan boleh bercakap depan camera tetapi anda inginkan income yang long-term. Bukan sekadar income daripada Youtube tetapi hasil jualan produk yang boleh jadi long-term income.

Saya mula buat dari 2014, bayangkan customer yang guna produk daripada 2014 masih lagi membeli sampai sekarang. Malah, video dari 2014 menjana jualan 4-5 angka sebulan sampai sekarang. Bayangkan, dengan combinasi channel pemasaran yang betul dan juga sistem produk yang sangat berkualiti. Maka, anda akan dapat jana income secara berterusan.

Kesimpulanya, kami dari Bisnes Ultimate menyediakan beberapa program untuk Youtube. Pertama, Basic Youtube. Kedua, Youtube Master Class. Dimana perkongsian dibuat dalam bentuk video. Akhir sekali, E-Book Youtube. Di dalam ada pelbagai tips dan teknik untuk bangunkan channel Youtube anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *