Macam mana ingin pilih bisnes online dengan betul?
Ramai wanita-wanita, usahawan baru yang mula menceburi bisnes-bisnes online ini. Tapi kebanyakkanya hanya separuh jalan kerana tiada keuntungan, modal labur banyak dan sebagainya.
Jadi harini kami ingin kongsikan beberapa tips khususnya untuk wanita yang berada di rumah untuk membuat bisnes online.
1)Mesti ada mentor.
Mentor inilah akan tunjukkan jalan yang betul, teknik-teknik yang berkesan, jatuh bangun dalam bisnes.
Sekiranya kita mengalami kerugian, tiada keuntungan atau sebagainya. Mentor inilah akan membimbing kita supaya terus maju dalam bisnies ini semula. Jadi, tiadalah kita terlanggar tembok.
Mentor sangat-sangat penting.
2)Mesti ada support group.
Kenapa kita perlu ada support group?
Kadang kita akan rasa down, ingin berputus asa dan akan melalui kesukaran.
Jadi, kalau kita tidak ada group support dari segi tunjuk ajar, semangat macam mana kita ingin teruskan dan terus maju.
3)Produk mesti tepat.
Kalau kita hebat marketing sekalipun namun produk tidak berkualiti.
Bagaimana bisnes kita ingin berkembang dalam membuat bisnes online.
Kesimpulanya, 3 tips itu amatlah penting khususnya untuk wanita-wanita yang berada di rumah ingin buat income ataupun usahawan baharu. 3 tips amat berguna untuk diamalkan.
Sekian.