Skip to content

Cara Atasi Ketakutan Buat Video

https://youtu.be/_VTbEe-mKq0

Hari ini saya akan kongsi cara atasi masalah ketakutan untuk buat video. Selain itu, saya juga akan beri tips cara saya atasi ketakutan ketika mula-mula buat video dahulu.

Tips atau cara yang pertama,

Anda kena ingat kenapa anda terjun dalam bidang pemasaran Youtube ataupun video, Mungkin pemasaran sebelum kurang berkesan walaupun banyak duit telah dilaburkan.

Dari pengalan saya yang lebih 6 tahun buat pemasaran dengan Youtube dimana saya mampu menjana pendapat lima ke enam angka sebulan. Jadi kena mula faham kenapa walaupun banyak duit telah dilaburkan untuk pemasaran tetapi tidak menjana keuntungan.Oleh itu, video adalah platform terbaik untuk pemasaran dan anda perlu atasi ketakutan tersebut.

Tips atau cara kedua,

Kita kena kenal diri kita. Sebenarnya kita tidak takut akan tetapi kita gemuruh. Gemuruh sebenarnya sebahagian dari excited ataupun keterujaan. Mengikut kajian apa yang kita rasa dan lalui oleh tubuh badan manusia gemuruh dan excited adalah benda yang sama.

Jadi cuba tukar mindset ‘saya excited nak buat video harini’ .Kita akan lebih bersedia dan tidak mudah gugup.

Tips atau cara ketiga,

Secara asasnya kebanyakan rasa takut disebabkan tidak pernah buat dan tidak berpengalaman. Ramai peniaga-peniaga atau ejen-ejen bila kita bagi tugasan video dia tidak bersedia. Namun bila dipaksa mereka mula rasa seronok dan excited dengan hasil video tersebut.

Contohnya, bila kita lihat orang naik basikal kemudian jatuh pasti kita rasa takut. Tetapi bila kita naik basikal sendiri, kita dapat rasa angin bergerak laju pasti kita mula seronok.

Tips atau cara keempat,

Sentiasa practice atau berlatih. Jadi apa yang saya buat dulu,saya rakam tanpa publish. Misalnya, kita ambil fone dan record video kita berkali-kali sehingga kita rasa selesa dengan fone atau camera. Semakin selasa dan banyak berlatih kita akan kurangkan kita punya gemuruh.

Sekiranya kita tidak berlatih dan tidak biasa buat video. Kita akan lupa perkataan, gagap dan sebagainya.

bisnes ultimate

Tips atau cara kelima ialah,

Skrip. Bagi pemula atau orang baru perlu buat skrip jikalau tidak biasa depan camera. Misalnya, buat skrip bersama huraian dan point yang jelas dan baca berkali-kali sebelum merakam video. Bila biasa bercakap atau baca proses hafalan jadi lebih mudah.

Sekiranya kita makin selesa maka mula gerakkan tangan, ada body language yang lebih baik.

Kesimpulanya, ada 5 tips atau cara anda boleh buat dan cuba untuk buat video.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *