Skip to content

Cara Memilih Syarikat MLM Yang Untung Dan Bertahan Lama

cara pilih syarikat jualan lansung

Saya nak kongsi cerita bagaimana saya memilih syarikat MLM yang betul dan bagi income atleast 100 tahun lagi.

Ramai orang ade kisah tragik dengan MLM masa zaman U dan masa baru-baru kerja. Kononnya senang nak kaya. Yang ramainya kayap. Hahaha

Masa saya belajar UiTM Shah Alam dulu agak banyak MLM yang femes. Ade L****, U******, L*** ****** dan macam-macam lagi. Nak join kena brain wash guna duit PTPTN beribu-ribu.

Ada syarikat-syarikat ni yang masih wujud, ade yang hidup segan mati degil dan ada yang dah lenyap.

Saya agak offensive dengan MLM yang pujuk join ribu-ribu ni. Bukan sebab tak sokong bisnes modal besar tapi ada sebab lain.

Sebab dari kecil saya dah terdedah dengan industri ni. Abah saya dah join macam-macam MLM.

Jadi saya agak ‘celik mlm’ berbanding dengan ramai kawan-kawan yang termakan dengan janji manis BMW dan kaya. Bunyi macam kacang dan too good to be true. Kena tahu kriteria syarikat MLM yang long-term dan untung lama.

Cara Pilih MLM Yang Untung Dan Bertahan 100 Tahun Lagi

1) Produk Boleh Jual Tak ?

Syarikat MLM jenis skim cepat kaya tak pentingkan produk. Produk ada sekadar nak dapat lesen. End up produknya mahal dari harga pasaran. Kurang pilihan.

Dan produk hanya dibeli majoriti oleh ahli berniaga sahaja. Orang biasa-biasa tak mampu dan tak guna sebab tak berkesan.

Produk yang boleh jualan ialah jenis consumable, manusia perlu setiap hari. Kerap habis. Penting sampai pelanggan datang beli semula.

Harga kena sama atau lebih murah dari pasaran. Kualiti mesti lebih baik dari pasaran. Barulah senang jual dan senang kekalkan income bulanan.

2) Kena Paksa/ Pujuk Kaw-Kaw Beli Banyak Untuk Join ?

Prinsip bisnes MLM ialah ‘Everybody can join’ walaupun takde modal sangat.

Kita bebas daftar sebagai ahli dulu dengan RM35 atau cuba beberapa produk mengikut bajet ataupun ambil stok mengikut kemampuan jualan kita.

Untuk syarikat network marketing yang ‘produk tak boleh jual’ inilah modus operandi mereka. Leader cepat naik pangkat tanpa kena kerja dulu bersama newbie ajar mereka mulakan bisnes.

Majoriti sepatutnya start small sebab takde pengalaman dan sedikit boleh start big sebab mereka dah ada skill jualan dan database pelanggan.

3) Ada Support Sistem Tak ?

Cerita paling popular ialah ‘leader tinggal’. Puncanya sebab syarikat dan kumpulan tak ada support system untuk sokong newbie.

Support system yang perlu ada dalan bisnes nwm ialah alat bisnes, kelas bimbingan harian/ mingguan/ bulanan, support group untuk bantu anda setiap masa dan mentor yang dah konsisten lama dalam bisnes.

Pada newbie ada program bimbingan untuk mereka bleh terus buat jualan dan rekrut ahli kumpulan.

Walaupun modal kecil, kumpulan/ Leader akan handle proses pembangunan newbie dengan profesional, macam syarikat besar.

Kesimpulannya, pada saya, MLM ialah model bisnes yang lebih baik. Sebab tak ada risiko tapi ada peluang jana pendapatan sama atau lebih besar dari bisnes jenis konvensional yang ada banyak bebanan.

Tapi kena pegang MLM ialah sejenis bisnes. Bisnes kena ada modal, usaha, masa, tenaga dan fokus. Bukan berjaya atas nasib dan kononnya join awal boleh kaya senang. Itu mitos.

Saya dah 8 tahun dalam network marketing. Sekilas ikan di air saya boleh bau MLM tu jenis skim atau original. Jadi pada kawan-kawan yang pernah percaya dengan model MLM, apa yang anda percaya itu betul.

Tapi MUNGKIN cara, syarikat, produk dan sistem yang anda pernah join tu tak matang dan sesuai.

Mulakan Bisnes MLM Bersistem Hari Ini

Kami sediakan produk, sistem kejayaan dan sokongan 200% untuk bantu anda berjaya. [Klik link ini]

Kelas Online Percuma Dalam Komuniti Bisnes Ultimate

Jangan lupa klik di link di bawah. Komen, share dan subscirbe dengan kawan-kawan anda yang lain untuk manfaat bersama.

💰 Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)

Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang nak capai impian masing-masing. Saya adakan kelas tentang marketing, sales dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.

🚻 Facebook Bisnes Ultimate – (Like & Follow Saya)

Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.

🔮 Instagram Amin Kamarudin – (Follow Saya)

Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig saya.

Master Amin Kamarudin

Network Marketing Master

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *