Bagaimana ingin monetizekan channel Youtube anda?
Hari ini, saya juga akan share beberapa tips yang saya buat sehingga saya boleh monetize channel Youtube sehingga perolehi pendapatan dari Google Ad-Sense.
Zaman sekarang orang mula untuk buat channel Youtube sendiri. Sebab ramai orang suka benda-benda yang trending, ramai ingin buat content, buat video gaming, masakan, v-log reveiw makanan dan banyak lagi. Antara tips macam mana anda ingin monetizekan Youtube channel anda sendiri.
Pertama anda kena faham requirement untuk monetize dahulu. Syarat dia simple iaitu anda perlu ada seribu suscribers dan 4000 ribu jam tontonan sepanjang 12 bulan sebelumnya. Mungkin ada yang tertanya, kenapa Youtube tetapkan sedemikian. Jadi, antara tujuan pihak Youtube bila dia ingin beri peluang untuk kita buat income melalui Youtube. Pertamanya, mereka ingin pastikan kita seorang Youtuber yang serius, punyai attitude dalam platform Youtube.
Kita juga akan menganggap Youtube sebagai aset income atau majikan kita. Youtube akan pastikan kita bagi konten yang berkualiti dan bagus. Hal ini, youtube inginkan dia menjadi video platform di dunia selamanya. Jadi dia perlukan content creator atau youtuber-youtuber yang ada niat usaha bagu video yang berkualiti kepada penonton.
Sebab itu mereka letakkan syarat. Jadi, apa yang berlaku bila kita cukup seribu suscribes dan 4000 jam tontonan. Youtube akan guide kita untuk register, macam mana ingin jadi partner program dan monetizekan channel anda. Just follow step by step.
Tips kedua, macam mana ingin monetize dengan cepat ialah anda perlu fokus bagi content yang bermanfaat. Boleh diklafikasikan sebagai content menjawab atau menyelesaikan masalah orang. Sama ada orang ingin belajar cara pro bermain game, belajar masak-masak untuk jaudah berbuka, cara menanam pokok, cara release stress ataupun cara atasi msalah kesihatan. Jadi, apa jua target anda sentiasa serve yang terbaik.
Bila seseorang tengok video anda dan kemudian mereka puas hati dan dapat jawapan. Apa yang berlaku, anda punya average duration time akan naik dan Youtube akan ambil data untuk recommend video anda kepada orang baru yang belum tengok. Daripada situ, Youtube akan cuba recommend anda dan akan dapat banyak suscriber baru.
Saya sebenarnya agak kurang minat dengan cara main ajak-ajak orang lain untuk suscribe sebab mereka adalah suscriber yang tidak berkualiti. Mereka tidaklah minat nitch apa yang kita kongsi dan bukanlah komuniti sebenar dengan apa yang dikongsi. Sebab itu, mungkin mereka banyak suscriber tetapi tidak banyak views. Namun, jikalau Network kita seperti ahli-ahli keluarga atau rakan yang rapat ianya tiada masalah mungkin mereka ingin support kita.
Jadi, kalau mereka memang bergantung dengan konten kita seperti memang minat betul dengan konten memasak maka mereka akan lebih setia dan akan spend masa lihat video kita. Dalam salah satu tahap dalam Youtube ini, ramai orang baru dia ingin mula dengan create konten, dapat income cepat, banyak view.
Lama kelamaan, andai konten kita berkualiti sudah pasti kita akan bina satu komuniti yang baru. Dimana suscribers mula fanatik dengan konten-konten yang kita buat di Youtube. Bila kita ingin start pastikan dengan cara yang betul dari awal. Daripada kita sibuk ajak orang tidak kenal untuk suscribe dan sebagainya maka lebih baik kita banyak hasilkan konten yang berkualiti supaya suscriber kita lebih berkualiti. Bukan sekadar suscriber tetapi tidak peduli pun dengan hasil konten kita.
Sebenarnya, kita perlukan engagement untuk bercakap dengan komuniti kita. Jadi ktia ingin bercakap dalam dua hala barulah Youtube kita akan ada orang tengok.
Ketiga, kalau kita ingin monetize dengan cepat kenalah konsisten. Saya selalu cakap kepada student-student saya dan mereka banyak bagi feedback. Bila mana, mereka konsisten buat video maka mereka akan dapat tengok jumlah suscriber mereka dengan cepat. Mungkin dengan 3 hari sekali buat video, atau dua hari dan mungkin setiap hari buat video.
Sebab apa, Youtube sangat suka dengan youtuber atau content creator yang komited dengan channel dia. Bila kita selalu buat konten, Youtube nampak signal dimana kita seorang youtuber yang serius. Jadi, Youtube akan support kita dan akan cadangkan tajuk-tajuk, dapatkan ramai suscriber, promot kepada orang yang akan search keyword yang berkaitan dengan video kita.
Kesimpulanya, penting sangat-sangat untuk konsisten. Perangai kita akan dinilai oleh Youtube sebenarnya bedasarkan algorithm. Kalau kita staff ada yang datang awal, buat kerja setiap hari jadi kita pun akan bagi kerja lebih dan gaji lebih pada dia supaya dia boleh bantu jayakan kita punya syarikat. Sama dengan Youtube, kalau kita youtuber yang berdisplin, selalu improve konten-konten, thumbnail makin cantik, description makin kemas, orang lebihkan spent masa dengan channel kita jadi Youtube akan tolong kita punya channel.