Jika anda berniat untuk bina pendapatan yang pasif dan berkembang, anda mesti tahu cara pilih network marketing yang berkualiti.
Apa itu Network Marketing secara ringkasnya ?
Bisnes network marketing tak asing sebagai alat mencipta kekayaan. Malah network marketing ataupun MLM disokong oleh ramai mentor perniaga yang bertaraf billionaire seperti Tony Robbins, Robert T Kyosaki, Donald Trump, Bill Gates dan ramai lagi.
Ini ialah model bisnes untuk orang biasa-biasa capai impian tanpa modal besar seperti bisnes konvensional yang penuh dengan risiko.
Jelas network marketing ialah model bisnes yang sah dan berkesan. Namun begitu, ada pihak yang cuba memanipulasi sistem network marketing sehingga menyebabkan wujud salah faham yang tidak sepatutnya.
Oleh sebab itu, anda mesti jelas apakah 4 kriteria utama dalam memilih syarikat network marketing yang betul-betul berpotensi mengubah kehidupan anda dan keluarga anda.
4 Cara Pilih Network Marketing Yang Berjaya
1) PRINSIP & FALSAFAH
Punah syarikat bila tak ada prinsip. Ramai sangat peniaga yang mengadu syarikat tutup lepas 3 tahun sebab pemegang saham bergaduh sama sendiri.
Ada juga mengadu produk tiba-tiba diharam oleh KKM. Jadi apa nasib peniaga yang sudah berhabis masa, duit dan tenaga bangunkan bisnes.
Apa kesan pada pelanggan yang dah gunakan produk beracun bertahun- tahun ?
Antara prinsip yang menghasilkan produk yang bermutu dan selamat ialah ‘Harmony with nature’. Maksudnya produk yang dihasilkan mestilah semulajadi, berkesan dan tidak memudaratkan pengguna.
Contohnya juga Golden Rule seperi ‘Do unto others, as you would have them do unto you’.
Lagi prinsip ‘ Bantu orang lain untuk diri sendiri lebih berjaya’.
Ini diantara prinsip dipegang oleh syarikat network marketing yang berjaya dan bertahan lama.
2) PRODUK
Senang untuk mengakui sesuatu produk itu tinggi kualiti, dijamin berkesan dan selamat. Semua orang boleh claim tetapi tak semua orang boleh tunjuk bukti.
Jadi, kalau betul mana bukti bertulis ?
Claim tidak sah jika tiada dokumen. Setuju ?
Jadi, contohnya dalam network marketing yang saya buat, kami ada satu kajian dinamakan Landmark Study. Satu kajian oleh pihak ke-3 iaitu Dr. Gladys Block dari University of California, Berkeley.
Beliau membuat kajian tentang kesan jangkamasa panjang pengguna suplimen ke atas kesihatan manusia yang menggunakannya selama 20 tahun. Adakah ia betul-betul berkesan dan selamat ? (Lihat keputusannya di sini)
Keputusannya sangat positif. Jadi, anda rasa kenapa pengguna setia menggunakan jenama yang sama selama 20 tahun ?
Adakah mereka bodoh ? Atau mereka sangat berpuas hati dengan kesan yang sangat hebat ?
Bayangkan juga kesan pada bisnes anda bila 1000 pelanggan anda datang setiap bulan untuk ‘repeat order’ dan setia selama 20 tahun ?
3) PLAN MARKETING (PELAN KEUNTUNGAN)
Peniaga sering membanding-banding berapa % untung produk mereka. Jawapan saya itu sia-sia jika pelanggan hanya beli sekali.
Namun begitu potensi keuntungan mestilah berbaloi dengan masa, modal dan tenaga yang anda beri pada bisnes.
Contohnya 45% keuntungan runcit, 21% keuntungan dari mata produk dan 21% keuntungan dari ejen bisnes.
Jadi banyak tak kalau untung 87% dan berulang-ulang setiap bulan ?
Dan juga tidak anda had pendapatan. Adakah anda rasa keuntungan ini cukup tinggi ?
4) PASUKAN & SISTEM
Nak bina satu bisnes yang besar memerlukan banyak ilmu dan kerja. Jadi, dengan siapa anda boleh belajar ilmu yang sah berjaya ?
Mestilah dari mentor yang sudah berjaya. Seseorang atau kumpulan yang sanggup bimbing anda tanpa perlu bayaran. Komited bantu anda
Bagaimana pula anda nak latih ejen dalam keadaan anda pun masih baru ?
Jawapannya dengan menggunakan sistem latihan oleh kumpulan.
Jadi, anda hanya fokus pada aktiviti pemasaran. Biar kumpulan dan sistem bagi semangat dan latihan. Senang kan.
Apa anda dan ejen anda perlu buat untuk berjaya ?
Hanya buat sistem kejayaan yang sudah terbukti berhasil. Tak perlu reka perkara baru. Apa nak buat setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan sudah jelas dan terang.
Tinggalkan pandangan anda tentang 4 cara penting ini. Terima kasih !
Pertanyaan & Pendaftaran
Klik link ini untuk mendaftar sebagai Biz Partner kami.
Saya nak belajar puan/tuan sebab sya banyak tanggungan puan tuan minta jasa baik tuan puan dan sya jugak rasa berminat dengan network marketing ini
Terima kasih< Boleh whatsapp saya ke 0199832339