Mesti ramai yang tertanya-tanya?
Apakah kriteria produk yang sangat menguntungkan?
Produk itu bukan sahaja terjual sekali tetapi berkali-kali dengan komisen yang tinggi.
1)Produk Mesti Berkualiti.
Jikalau produk tidak berkualiti pelanggan hanya beli sekali sahaja sebab tiada kesan.
Bila tak jadi? Tiada kesan?
Pelanggan tidak akan repeat order sama sekali.
2)Produk tidak lama untuk habis.
Salah satu tips untuk buat income berterusan, pilih produk yang bersifat consumer.
Consumer itu apa?
Consumer iaitu produk yang senang habis dan berkesan. Misalnya, kita amalkan sebulan sudah habis dan repeat order. Bayangkan kalau produk kita 1 tahun baru habis maka income berterusan sukar dicapai.
Sebab kita memerlukan income setiap bulanan dengan komitmen bank, rumah, kereta dan sebagainya.
3)Produk mestilah tidak mahal.
Maksudnya disini produk itu biarlah berpatutan dengan harga pasaran. Bersesuaian dengan kemampuan pelanggan kita.
Bayangkan ubat gigi sehingga RM 100 agak-agak ada ke orang ingin beli?
Apa yang penting produk kita mestilah berkualiti dengan berpatutan supaya pelanggan mudah untuk repeat order dan tidak rasa terbeban.
Bila ketiga-tiga kaedah ini diamalkan barulah kita akan nampak pelanggan perlukan produk kita walaupun kita hanya marketing sekali sahaja.
Sekian