Skip to content

Cara SETUP Bisnes Modal Rendah [RAHSIA 4 Jenis Marketing Terhebat]

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara nak setup bisnes dengan menggunakan modal yang rendah sehingga mendapat income 4 angka dalam sehari ?

Jadi saya nak berkongsi tentang 4 channel pemasaran yang saya dah gunakan. Dan ini saya buat dengan menggunakan modal yang rendah sejak daripada 2013 lagi.

Sebelum itu, kalau anda follow 4 channel pemasaran ini, anda boleh jana income sehingga 4 angka dalam sehari. Dan itu lah yang saya lakukan.

Buktinya, saya dah melatih ramai peniaga-peniaga yang boleh buat jualan 4 angka sehari.

Yang penting anda kena pilih channel pemasaran dengan betul dan anda kena belajar strategi macam mana nak handle 4 channel pemasaran ini dengan baik.

1) Blog

Blog ini boleh didapati di google. Dan google adalah platform carian nombor 1 di dunia. Kalau kita hendak pindah ke rumah baru ataupun nak mencari sesuatu tempat seperti restoran, kita akan google.

Dalam erti kata lain, nak cari apa saja penyelesaian. Kita akan google !

Jadi sah! Google dan blog adalah platform ataupun channel pemasaran yang baik. Apa yang perlu buat ialah kita perlu setup blog ataupun website. Untuk personal kita panggil blog dan untuk company kita panggil website.

Jadi dalam blog, anda kena faham ada dua benda penting. Yang pertama anda kena faham tentang domain. Yang kedua anda kena faham tentang hosting.

  • Domain.

Domain ini adalah nama kedai. Kalau kedai dekat luar secara offline, kedai runcit atau kedai dobi dia akan ada nama kedai atau signboard kedai.

Jadi domain itu adalah nama kepada kedai online kita. Iaitu nama kepada website ataupun blog. Contohnya nama domain saya ialah www.bisnesultimate.com.

Dan yang kedua ialah hosting. Apa pulak hosting ini ?

  • Hosting.

Hosting ibarat ruang kedai yang kita sewa. Kalau di luar atau di alam fizikal, ia ibarat tapak kedai.

Antara ciri yang perlu dititiberatkan dalam pemilihan tapak kedai ini ialah tapak yang baik, strategik, tak banyak masalah trafik dan juga selesa.

Begitu juga dengan hosting, anda perlu yang baik juga.

Jadi dalam bab hosting ini, saya akan kenalkan anda pada satu platform ataupun hosting provider yang sangat baik. Dan anda boleh share link yang saya sediakan di bawah.

Dapatkan hosting anda di sini : https://www.hostinger.my/BISNESULTIMATE. Gunakan Kod Kupon : BISNESULTIMATE

Saya cuma nak beritahu beberapa features penting yang diperlukan oleh seorang blogger.

Yang pertama ialah harga yang mampu milik tetapi kualiti yang tinggi. Support yang bagus, yang mudah untuk diuruskan dan disetupkan. Itu yang orang nak cari.

Yang kedua, pantas dalam memberi support. Support 24jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Sentiasa bantu support sekiranya ada apa-apa masalah dengan blog anda.

Yang ketiga ialah 99.9% uptime. Anda mungkin pernah masuk kedalam mana-mana blog tetapi tiba-tiba tak boleh tengok.

Kenapa ? kerana server down. Bila server down, problem. Nak contact pulak hosting pula masalah atas sebab call tidak dijawab dengan cepat.

Jadi ini menganggu bisnes. Macam saya sendiri, ianya menganggu saya punya bisnes.

Dan satu lagi features yang hebat juga pasal hosting ini adalah hostinger ini sendiri ialah ‘mesra’ world press. Sebab majoriti orang yang menggunakan platform blog, mereka akan menggunakan wordpress.

WordPress ini adalah platform blog yang paling popular di dunia. Kalau anda nak memulakan blog, saya sangat cadangkan anda menggunakannya.

Sebab wordpress ini sangat simple. Dan bila hostinger ini adalah mesra wordpress, jadi ia memudahkan proses untuk anda nak setup. Tak perlu pening kepala sangat.

Jadi anda boleh dapatkan promosi tentang hostinger ini di link di bawah. Anda hanya perlu klik link di bahagian description dan sekarang ini hostinger ada buat promosi. Anda boleh dapat up to 91% discount untuk hosting yang anda nak.

Dapatkan hosting anda di sini : https://www.hostinger.my/BISNESULTIMATE. Gunakan Kod Kupon : BISNESULTIMATE

Jadi dalam video di atas, saya berikan tutorial ringkas bagaimana untuk anda dapatkan hosting dengan harga yang paling murah daripada hostinger.com.

  1. Klik link yang saya berikan.
  2. Di landing page hostinger.com. Klik pricing.
  3. Ada 3 pakej yang disediakan oleh hostinger.
  4. Klik ‘ADD CART’ pada pakej hosting yang anda nak.
  5. Masukkan kod kupon ‘ BISNESULTIMATE ‘ dan klik butang +
  6. Buat bayaran menggunakan cara yang disediakan. Tekan ‘CHECK OUT’

2) Youtube

Sekarang kita pergi ke channel marketing no 2 di mana ia merupakan platform carian video yang terbesar di dunia. Orang ramai yang nak beli sesuatu atau nak belajar sesuatu, mereka akan mencari di Youtube dahulu.

Jadi macam mana saya bermula menggunakan aplikasi youtube ini ?

Pada waktu itu tiada sifu dan semuanya kami belajar sendiri. Selain itu, kami juga tengok contoh-contoh video yang hebat daripada youtubers US dan lain-lain.

Dan daripada situ, kami gunakan apa yang kami tahu tentang produk yang kami ada di youtube. Kami buat satu demi satu video dan kongsikan produk bagaimana produk kami boleh memyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Anda boleh subscribe channel youtube kami di sini https://www.youtube.com/bisnesultimate

3) Facebook Page

Sebenarnya, orang paling ramai menggunakan facebook berbanding media sosial yang lain.

Facebook boleh buat semua benda contohnya boleh post gambar, video, boleh buat jualan, buat ads dan group dan macam-macam lagi.

Contoh features yang saya gunakan di Facebook ialah Facebook ads dan Facebook group supaya saya boleh engage dengan team business saya.

4) WhatsApp

Aplikasi ini nampak biasa tetapi ramai orang yang tahu kehebatan whatapps ini. Pertama, contoh features yang suka saya gunakan ialah Whatapps status.

Sebenarnya, bila dibandingkan whatapps status berbanding dengan facebook story dan instagram story, bukaan whatapps status adalah lebih tinggi berbanding yang lain.

Jadi saya rasa anda patut berada di Whatspps marketing. Ini salah satu strategi marketing yang memberikan kami jualan 4 angka sehari secara konsisten selama bertahun-tahun.

Di samping itu, di dalam WhatsApp terdapat juga kelebihan yang lain yang dipanggil Broadcast.

Jadi..

Itu adalah 4 strategi pemasaran yang saya gunakan daripada 2013 sampailah sekarang dan konsisten bagi income setiap hari, setiap bulan sehingga saya berjaya work form home.

Jadi di sini saya tinggalkan satu soalan bersama anda. Apakah channel pemasaran yang anda paling suka sepanjang anda berniaga ? anda boleh komen di bawah.

Dan jika anda pertama kali nak cuba buat website ataupun blog, anda boleh dapatkan promosi daripada hostinger.com dengan klik link di description saya.

💰 Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)

Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang nak capai impian masing-masing. Saya adakan kelas tentang marketing, sales dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.

🚻 Facebook Amin Kamarudin – (Like & Follow Saya)

Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.

🔮 Instagram Amin Kamarudin – (Follow Saya)

Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *