Kebanyakan peniaga lari dari pelanggan yang komplen tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ramai yang lupa sebenarnya ini ialah peluang untuk anda bina kepercayaan yang kuat dengan pelanggan.
Pilih mana yang anda nak. Dapatkan pelanggan baru setiap bulan atau nikmati keuntungan dari pelanggan lama yang kembali membeli setiap bulan ?
Di sini saya kongsikan cara yang berkesan uruskan pelanggan yang kecewa dengan anda.
1. ‘Dengar Betul-Betul’ Apa Yang Mereka Rasa
Reaksi yang biasa kita lihat ialah pembeli terlalu ‘defensive’ mempertahankan produk/ servis masing-masing. Acap kali menyebabkan pertengkaran dengan pelanggan.
Pelanggan inginkan rungutan mereka di dengar. Lagi pun ini ialah feedback sebenar yang anda boleh dapat daripada pengguna yang datang dari pelbagai golongan.
Cuba tumpukan perhatian dan dengar dahulu apa yang cuba disampaikan. Penjual lazimnya suka bercakap tanpa henti sampai pembeli setuju membeli.
Mendengar dengan fokus akan menenangkan pelanggan. Cuba fahami sudut pandang pelanggan walaupun mungkin masalah itu tidak dapat diselesaikan.
2. Respon Menggunakan ‘Formula FFFF’
Ini cara popular yang berkesan ketika berhadapan dengan rejection. ‘Defensive’ hanya akan buat situasi lebih keruh.
Anda boleh lihat contoh cara menggunakan formula ini dalam video (minit 1:18) di bawah:
Dengan formula ni, pelanggan akan lebih mudah terima penjelasan anda.
3. Tawarkan Cadangan
Jika anda boleh tukar produk itu lebih baik. Tapi kebanyakan masa tidak boleh.
Jadi, cara yang paling baik ialah minta cadangan penambahbaikan dari pelanggan. Pelanggan sudah lembut bila anda dengar apa yang mereka nak kata.
Mereka akan lebih hormat bila anda terbuka dengan cadangan. Kerana pelanggan tak suka tukar-tukar kedai. Mereka lebih suka beli dari penjual yang sama jika mereka selesa.
Anda juga boleh cadangkan pelanggan produk lain walaupun daripada penjual lain jika anda tidak ada penyelesaian yang mereka perlu. Sekali lihat macam merugikan tapi sebenarnya pelanggan akan lebih memandang anda tinggi sebab kemuliaan hati anda bantu mereka.
Jadi..
Jika anda ingin belajar lebih banyak tentang selok-belok berniagaan, saya sediakan pakej produk, kelas pemasaran, jualan dan sokongan untuk bantu anda jana pendapatan lumayan setiap bulan.
Anda boleh terus mengikuti saya dari pautan di bawah:
YouTube Channel Bisnes Ultimate (Subscribe)
Tonton video baru tentang tips perniagaan setiap minggu. Sesi temubual dengan mereka yang sudah berjaya membina perniagaan dengan sistem Bisnes Ultimate.
Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)
Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang sedang mengejar impian masing-masing. Saya adakan kelas pemasaran, jualan dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.
Facebook Page – (Like)
Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.
Facebook Profile – (Follow)
Tonton live setiap minggu berkaitan perniagaan dan motivasi bisnes.
Instagram Bisnes Ultimate – (Follow)
Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig kami.