Skip to content

Berapa Kali Patut Anda Follow Up Bakal Pelanggan ? Ramai Terkejut Lepas Baca Fakta Ni

follow up

Dalam aktikal kali ni Ziela akan berkongsi berapa kali sebenarnya anda patut follow up bakal pelanggan.

Ramai yang tanya Ziela soalanni. Ada yang putus asa lepas dah terangkan macam-macam pada prospek, mereka diam.

Jadi dalam tajuk ni Ziela akan berkongsi tentang beberapa sub topik penting:

  • Kenapa kena follow up banyak kali ?
  • Berapa kali anda patut follow up ?
  • Kesan follow up pada minda prospek.
  • Mindset follow up yang betul

Kenapa Kena Follow Up ?

Orang puteh kata ‘The fortune is in follow ups’. Tapi ramai yang tak faham kenapa ada banyak sangat duit dalam follow up.

Secara mudahnya anda nak prospek anda selalu ingat anda. Dan hakikat sebenar juga ialah mereka berminat dengan produk anda. Jadi kenapa anda nak lepaskan mereka beli dari penjual lain.

Berapa Kali Kena Follow Up ?

Secara statistiknya hanya 2% prospek membeli pada komunikasi pertama. Tengok hasil kajian dibawah:

Sumber dari https://www.rooferscoffeeshop.com/the-best-construction-sales-process-for-your-company

Semakin kerap anda follow up, semakin tinggi peluang untuk mereka membeli. Tetapi bila berhenti, maka peluang hampir kosong.

Akan ada penjual lain yang muncul di depan mereka.

Kesan Follow Up Pada Minda Prospek

Manusia penuh dengan ‘distraction’. Bila mereka hubungi anda, mereka memang ada masalah dan berniat nak dapatkan produk tersebut.

Tetapi mungkin mereka masih survey, tidak ada bajet, diganggu oleh anak, kurang sihat, bergaduh dengan pasangan atau ada masalah lain yang menarik fokus mereka.

Tetapi bila anda kerap follow up mereka, mereka selalu ingatkan anda. Bila masanya sesuai, mereka akan beli dari anda.

Mindset Follow Up

Prospek bukan hak anda. Mereka akan beli bila rasa mereka nak beli. Anda follow up untuk bantu mereka buat keputusan yang betul.

Sebenarnya tak ada had berapa kali anda patut follow up sebelum anda putus asa. Bermaksud anda kekalkan hubungan mesra selama-lamanya dengan mereka.

The fortune is in the follow up

Daftar masuk secara PERCUMA ke P.I.C Mastermind Group

P.I.C (Klik untuk menjadi ahli komuniti)

P.I.C @ Passive Income Community ialah mastermid group yang menghimpunkan peniaga-peniaga yang hebat dalam misi membina bisnes yang bertahan jangkamasa panjang. Di dalam group ini kami berbincang tentang ilmu networking, pemasaran, produk, kepimpinan dan mengembangkan perniagaan. Latihan setiap minggu mengenai topik-topik penting dalam bisnes. Cepat daftar. Ia percuma.

Nak lagi banyak tips bisnes menggunakan social media dan pemasaran efektif ?

Saya harap anda berminat sebab setiap minggu Ziela komited untuk berkongsi tips Work From Home dan strategi bisnes online di Facebook Page Ziela.

Anda boleh Like Page Ziela….

(Klik di sini)

Soalan minggu ini: Berapa kali biasanya anda follow up prospek dan kali ke berapakah ia berjaya ?

Komenkan jawapan anda atau mungkin anda ada tips untuk follow up yang berjaya. Terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *