Ramai orang ada masalah dalam rejection dan ini salah satu punca kenapa ramai orang tak bertahan dalam bisnes yang mereka buat. Tonton video dibawah sampai habis.
Sila klik link ini untuk [Penerangan Bisnes]
Ramai sekarang cari duit cari income jadi saya nak kongsi sikit pengalaman dan cerita-cerita mereka yang berjaya. Macam mana mereka hadap rejection bila mereka nak capai sesuatu benda. Bila kita mula dalam berniaga ada yang nak capai target yang rendah ada yang nak tinggi.
Terpulang pada masing-masing, tapi saya pasti ramai yang tahu kalau nak berjaya, kalau kita tak jumpa banyak halangan maksudnya kita lambat lagi nak berjaya.
Kalau kita takut nak hadapi cabaran – Kita ambil sebagai anologi contohnya sebuah kapal terbang yang nak naik ke awan, bila naik ke atas kadang tenang, contohnya pemandangan cantik. Berbanding dengan keadaan bila mula-mula nak naik ke awan dengan rintangan angin yang kuat, kadang-kadang kena elak awan dan benda tu sangat tidak selesa. Sebelum hadir kejayaan pasti ada halangan dan ujian.
Saya Amin Kamarudin dari bisnes ultimate dan saya bantu ramai peniaga untuk bina pendapatan dengan modal rendah tetapi income yang lumayan dan berterusan.
Terutamanya peniaga baru yang baru mula bisnes dan bila ada cabaran, rejection atau penolakkan pada orang dia tak faham apa maksud kata-kata orang, tak faham ada yang orang buat dekat dia dan dia akan mula salahkan syarikat, salahkan produk dan mungkin akan salahkan semua orang.
Jadi ramai orang dalam keadaan macam ni mula-mula jadi bila dah biasa berniaga dan dia perlu juga berniaga dah takdek cara lain hingga dia tetapkan diri dalam bisnes untuk berjaya sampailah dia faham. Tapi saya nak bagi anda fahaman yang lebih awal terutamanya ada di antara kita yang tak suka dengan rejection. Saya pun tak suka rejection tapi saya tahu saya perlukan rejection untuk saya berjaya dalam bisnes.
Macam Mana Nak Handle Rejection Dan Terus Kejar Target
1. Anggap Rejection Satu Ujian
Kita pernah dengarkan “hangat-hangat taik ayam”, betul ke nak berjaya ? betul ke kita sanggup kerja keras, susah untuk kita berjaya ?
Jadi anggap itu adalah ujian, “Allah nak uji ni betul ke aku tetap nak buat, boleh ke aku handle kejayaan ni, aku ni betul-betul ke main-main” jadi kita kena ambik benda positif supaya kita akan rasa yang kita kena hadap rejection. Ramai orang lari daripada rejection bila dia lari maksudnya dia tak teruskan pejalanan. Contoh, dari terengganu nak ke KL sampai kuantan ada jalan berlubang pastu kita patah balik dan takkan sampai ke kL.
2. Anggap Rejection Peluang
Peluang untuk kita belajar benda baru, kenapa kita tak boleh kawal rejection pada masa itu sebab kita takdek ilmu. Kita pertama kali jumpa masalah itu jadi apa kita nak buat ? Contoh kita nak pergi mana-mana tayar kereta pancit, tak pernah lagi dalam hidup tayar kereta pancit kena tukar tayar sendiri. Dan ada masa kita boleh tukar sendiri dan ada juga setengah orang ada kereta lain untuk tolong dan tunjukkan cara macam mana nak tukarkan tayar.
Jadi kalau kita anggap kalau rejection ini sebagai peluang untuk kita belajar dan upgrade untuk hadapi cabaran-cabaran lain jadi benda tu akan jadi benda yang boleh bagi keterujaan kepada kita. Paluang nak belajar benda baru, sebab apa kita jumpa masalah tu kita ramai susah sebab kita tak pandai nak selesaikan masalah tu. Betul, ramai orang lari sebanyak 60% peniaga lari sebab tu hanya 40% sahaja yang berjaya yang hadap dan belajar setiap cabaran yang ada jadi upgrad diri. Kena reject orang tak nak beli cakap macam ini dan itu.
Jadi anda belajar kawal anda punya fikiran dan peluang. Benda ni tak semua yang belajar hanya yang setia sahaja yang belajar.
3. Pengalaman
Rejecton ialah pengalaman, saya dulu masa saya nak hijrah dari industri oil dan gas nak hijrah kepada network marketing secara full time saya direject oleh orang bukan biasa-biasa, “aci potong jari u pegi, u buat benda ni u takkan berjaya” itu pada saya adalah pengalaman yang bagus. Pengalaman yang saya boleh guna untuk bantu ramai lagi team saya, untuk bagi tau anda punya pengalaman mungkin lebih kurang saja dengan saya.
Rejection bukan punca kita tak berjaya isunya apa yang kita buat macam mane kita kawal rejectoin yang datang. Pengalaman rejection, anda dengarlah mana-mana dari orang berjaya mereka cerita “dalam keadaan susah tak dek orang nak tolong, kena tinggal dan macam-macam lagi”. Itu lah bentul-bentuk rejection.
Jadi benda ini akan menjadi pengalaman yang bagus kerana kita fikiran rejection kita tak kawal dari fizikal tapi dari fikiran. Jadi bila kita kawal dari fikiran, contoh macam orang main gym, mula-mula kita rasa besi tu berat tapi lama-lama buat latihan kita rasa besi tu ringan sedangkan berat tetap sama, sebab otot jadi kuat. Sama juga macam fikiran kita, setiap rejection yang kita jumpa dan kita berjaya menguruskan rejection tu dengan kita tukar kita punya fikiran yang betul, positif fikiran dan tingkah laku.
Kita boleh tukar kepada benda positif kepada peluang, pengalaman dan ujian. Benda ini akan disimpan dan menjadi aset kita punya lavel. Lavel fikiran kita dengan setiap cabaran yang kita dapat akan berbeza akan naik level dan akan upgrad. Jadi tiada masalah kalau ada orang rejection lepas ni apatah lagi masalah yang lebih kurang sama.
Tak semua orang dapat benda ni, hanya mereka yang tidak takut pada rejection sahaja yang boleh dapat. Jadi sikap kita pada rejection kena betul dan cari apa yang baik dalam rejection tu.
“Dalam kesusahan ada kesenagan”
Kelas Online Percuma Dalam Komuniti Bisnes Ultimate
Jangan lupa klik di link di bawah. Komen, share dan subscirbe dengan kawan-kawan anda yang lain untuk manfaat bersama.
💰 Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)
Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang nak capai impian masing-masing. Saya adakan kelas tentang marketing, sales dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.
🚻 Facebook Bisnes Ultimate – (Like & Follow Saya)
Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.
🔮 Instagram Amin Kamarudin – (Follow Saya)
Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig saya.
YouTube Bisnes Ultimate – (Youtube Saya)
carian berkaitan:
idea content, cara buat video, editing, bisnes network marketing
Salam Sejahtera.
Saya Aizat wakil dari JRM Holistik. Kami dalam perancangan untuk buat class utk sesi 2023 kepada dealer2 kami. Jadi disini boleh saya dapat quotation dari pihak tuan untuk online dan juga offline class.
Boleh hubungi saya di talian 019-6610133.