Skip to content

3 Cara Hadapi Cabaran Dalam Bisnes Hari Ini

Masalah yang anda sedang hadapi sekarang seperti masalah kewangan, tak tahu teknik dalam bisnes, kurang pengetahuan ataupun anda rasa sesuatu yang boleh jadi halangan untuk anda dalam berjaya, sebenarnya bukanlah anda tak berjaya ??

Hari ini saya terpanggil untuk kongsi satu benda dan saya rasa ramai orang perlu faham benda ini kalau masing-masing nak terus capai apa yang kita nak.

Sekarang ini ramai yang ada masalah kewangan dan apa-apa yang anda dapat daripada perkongsian daripada saya, anda boleh jadikan satu ilmu baru.

Jadi apa yang saya nak kongsikan ialah masalah atau cabaran sebenarnya tidak ada kena mengena untuk kita berjaya atau gagal.

Sebenarnya ia bukanlah faktor utama dalam kegagalkan kita. Sebabnya adalah semua orang bermula dengan tiada apa-apa.

Kita lahir dengan tak pandai bercakap, tak pandai naik basikal tetapi akhirnya kita berjaya juga.

Tetapi yang menjadikan ia semakin sukar ialah apabila kita meningkat dewasa. Ramai orang skeptikal dan tak teruja dengan perubahan dan lebih banyak fikirkan tentang masalah. Termasuklah saya sendiri.

Tapi sekarang, saya semakin okay, Dengan perubahan minda dan paradigma. Supaya jika diminda okay, maka kehidupan kita juga okay.

Jadi pertama sekali, saya nak bermula dengan perkongsian mengenai diri saya dahulu.

Dahulu saya buat bisnes dalam keadaan part time. dan bekerja di sektor oil and gas.

Antara prospek kerja saya ialah urus team, terbang ke sabah, sarawak dan ulang alik dari kuala lumpur.

Apa yang berlaku ialah dalam keadaan saya bekerja, tiba-tiba saya dapat satu motivasi baru, iaitu macam mana saya nak cari satu benda yang saya boleh ada masa tetapi saya ada lebih banyak duit.

Lebih banyak duit dan dalam masa yang sama saya tak terkongkong dengan kerja di mana tak perlu dengar arahan orang, tak perlu kerja lebih masa untuk dapat duit dan lebih banyak masa dengan keluarga. Itu benda yang saya cari.

Jadi bila saya jumpa benda tu, saya cuba kuat dan semangat untuk kejar benda. Dan nak kejar benda tu tak senang sebab kita kerja, ada komitmen dan ada cabaran.

Semua benda yang kita nak buat, tak ada jalan lurus, semuanya bengkang-bengkok.

Jadi dalam proses saya nak upgrade untuk full time berniaga, kita kena komited sebab nak sabar bukannya senang.

Dan dalam satu keadaan, kereta saya selalu rosak. saya pakai Honda Civic waktu tu. Jadi tak boleh servis sangat sebab kewangan tak berapa okay. Saya selalu break down.

Selain daripada saya menjual, saya juga melatih bisnes partner dan juga team-team yang daftar dengan saya.

Sebab dalam bisnes, ada benda yang dipanggil ‘pasif income’ yang datang daripada team-team kita yang kita bantu untuk buat income dan mereka ubah income mereka.

Jadi dalam masa yang sama saya melatih mereka untuk mereka pon ubah hidup mereka.

Dan alhamdulillah , kita dah ada mereka yang duduk daripada rumah tetapi buat kerja dan bisnes yang jualan mereka mencapai RM 100 ribu sebulan.

Dulu masa saya kerja full time sambil buat bisnes, saya kena urus masa, masalah peribadi dan masalah kereta yang selalu rosakT tetapi dalam masa yang sama, saya kena teruskan.

Ada cabaran, kadang-kadang saya pergi ke johor, kereta rosak 2 3 kali, kena berhenti tepi jalan, kena tuang air, radiator bocor dan enjin overheat. Tetapi benda tu saya terus buat. Tak patah semangat.

Sebab saya tahu kalau saya sentiasa fikirkan masalah tu, perubahan dalam bisnes tak akan berlaku.

Jadi, kalau anda berada dalam situasi yang sama, memang problem is a problem. tetapi problem itu sepatutnya tak boleh menjadi satu halangan untuk kita terus tingkatkan diri dalam kejar apa yang kita target.

Jadi di sini, suka untuk saya share beberapa tips.

Yang pertama, kita perlu put the right expectation.

Letakkan sangkaan yang betul dalam apa yang awak nak buat, apa cabaran yang akan datang.

Memang ia akan jadi susah. sebab benda yang indah ini tak akan datang senang.

Kita tak boleh guna magic, join skim cepat kaya. Masuk sebulan kemudian dapat duit berbilion-bilion. Semua tu tak ada.

Bila kita nak dapat sesuatu yang lebih baik, ia ada harga dia sendiri. Anda kena sangka akan ada penolakan, akan ada masalah yang kita tak disangka-sangka.

Saya rasa sesiapa yang berniaga, akan letakkan benda ni.

Sebabnya, bila kita letakkan the right expection yang tinggi, kita akan lebih bersedia untuk bagi lebih daripada yang kita sangkakan.

Yang kedua, benda yang buat saya lebih kuat dalam perjalanan untuk kejar apa yang saya nak dapat ialah saya duduk dalam team.

Pertama saya partner dengan isteri saya. Sebabnya bila kita ada 2 orang dan kita boleh bertukar pendapat contohnya bila kita down, dia okay dan sebaliknya.

Dan dalam masa yang sama, kita ada mentor dan bisnes dalam kumpulan. Mudah untuk kita dapat support yang kita perlu.

Kadang-kadang kita ada inspirasi, orang lain tengok, maka dia akan semangat seperti kita. Begitu juga bila kita down.

Semua benda ni kita akan dapat secara percuma bila kita stay dalam team.

Yang ketiga, kita perlu bercerita untuk bagi inspirasi kepada orang.

Sebabnya setengah orang selalu fikir yang dia sorang je yang ada masalah, yang susah. Padahal di luar sana lebih ramai yang bermula di peringkat yang lebih rendah daripada kita.

Jadi di situ, ia akan membangkitkan semangat dan mindset kita boleh berubah.

“Kalau dia boleh buat, so aku pon boleh buat!”

Benda ni memang saya jumpa banyak dalam bisnes saya. Contohnya ada orang yang tak berani nak buat video, lepas daripada story dan contoh cerita daripada team lain, maka dia pon boleh buat.

Kalau anda sebelum ni, cuba nak kejar target income dari sudut bisnes atau anda mungkin bekerja, tapi hilang mata pencarian, maka memang confirm anda akan hadapi masalah seperti ini.

Tetapi bezanya ialah bila kita duduk dalam team, ada orang lain yang akan ingatkan kita, kita ada orang yang akan ada dengan kita sudah dan senang.

Tak macam saya dulu, saya semuanya sorang-sorang.Tak ada siapa nak mengadu, nak meminta tolong. Jadi kita lebih penat bila kita lawan cabaran tu sorang sendiri.

Jadi,

Di sini, suka untuk saya kongsikan, saya ada Bisnes Ultimate dan kalau anda tengah cari bisnes, tengah cari income yang lebih baik tapi tak ada orang nak ajar, atau dah cuba sebelum ni tapi banyak kali gagal atas pelbagai faktor.

Saya sangat mengalu-alu kan anda untuk join Bisnes Ultimate sebab kami boleh bagi 200% support untuk anda.

Saya tak akan buat bisnes untuk anda, dimana anda kena buat sendiri.

Tapi apa yang saya buat ialah anda akan di support setiap hari, dari sudut ilmu dalam marketing, sales, branding, manage team, nak naikkan income.

Kami support anda untuk naikkan income sekurang-kurang pendapatan 5 angka sebulan dengan harga modal yang rendah.

Ini apa yang saya boleh buat untuk bantu anda. tapi dengan syarat anda daftar Bisnes Ultimate dengan membership hanya RM 35. Dan anda akan dapat banyak benda.

Paling penting support daripada kami.

Dalam apa saja bisnes yang anda buat, teruskan buat dan terus pergi depan. Masing-masing ada impian dan nak dapatkan impian tu bukannya senang.

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh komen di bawah.

💰 Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)

Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang nak capai impian masing-masing. Saya adakan kelas tentang marketing, sales dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.

🚻 Facebook Amin Kamarudin – (Like & Follow Saya)

Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.

🔮 Instagram Amin Kamarudin – (Follow Saya)

Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *