Skip to content

5 Kelebihan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Jenis Konvensional – Anda Pasti Terkejut

manfaat bisnes shaklee

Apa kelebihan bisnes Shaklee berbanding bisnes lain ?

Kalau anda lihat di Google, anda akan jumpa sangat banyak testimoni kejayaan pengedar Shaklee yang mampu mencapai pendapatan 4,5 dan 6 angka.

Ya, Shaklee bukan saja ada produk yang hebat tapi pelan perniagaan yang sangat sesuai dengan anda yang tengah cari idea bisnes.

Saya akan terangkan 5 kelebihan bisnes Shaklee berbanding bisnes jenis konvensional.

manfaat bisnes shaklee

1. Modal Rendah Tak Ada Risiko

Bisnes konvensional perlukan kedai dan pekerja. Jadi majoriti peniaga akan membuat pinjaman untuk deposit kedai, renovasi, beli stok dan gaji pekerja.

Belum mula bisnes lagi dah banyak beban yang ditanggung.

Kami sendiri pernah ada butik pakaian jenis vendorship. Kami habiskan lebih dari RM40,000 untuk deposit, sewa dan renovasi sahaja. Itu belum masuk gaji pekerja.

Ada bisnes butik memang bergaya. Tapi hanya kami saja tahu berapa susahnya bisnes. Dalam setahun berniaga hanya 1 bulan kami untung (sebelum raya) dan 11 bulan lagi kami 0-0. Tak untung tak rugi. Kami sendiri tiada gaji.

Tapi dengan bisnes Shaklee, kami boleh dapat gaji dalam bukan pertama kami serius berniaga. Sebab modal tak sampai pun RM100.

Kami tak ada risiko bankrap sebab kami tidak ada pinjaman perniagaan.

2. Tak Ada Pekerja tak Sakit Kepala

Bab pekerja ni pula satu hal. Masa baru buka bisnes dan belum untung memang kita akan cari pekerja yang murah.

Mungkin ada sijil atau diploma sahaja. Dengan harapan mereka kerja dengan bagus.

Tapi tak sangka banyak betul masalah. Asyik cuti, kerja sambil lewa, sibuk main telefon, tak faham arahan dan macam-macam masalah lagi.

Tapi gaji nak mahal. Akhirnya kami terpaksa ambil lepasan ijazah. Gaji mahal pula jadi beban.

Lain dengan bisnes Shaklee. Kami tak perlu bayar pekerja. Tapi kami ada organisasi bisnes yang berkerja untuk pendapatan mereka sendiri tapi secara tidak lansung menyumbang pada jualan kumpulan kami.

Mereka dapat pendapatan yang mereka usaha, dan kami dapat komisyen atas usaha kami membimbing mereka sampai berjaya.

3. Formula Bisnes Sedia Ada

Bisnes Shaklee sudah ada formula yang dah diguna berkali-kali dan berjaya.

Tak perlu hadir ke seminar pemasaran yang belum tentu berkesan untuk bisnes Shaklee.

Agak susah untuk mencari mentor bisnes konvensional. Sebab biasanya anda tak ada pertalian dengan mereka.

Bea dengan bisnes Shaklee, upline anda mesti pastikan anda berjaya untuk mereka lebih berjaya. Itu sistem bisnes yang menang-menang (win-win situation).

Malah, upline akan lebih agresfi untuk pastikan anda lebih berjaya daripada mereka. Itu kelebihan yang tak ada pada bisnes lain selain Shaklee.

4. Jenama Besar & Diyakini

Shaklee sudah 102 tahun di dunia sejak 1915.

Jenama yang sangat komited dengan kualiti produk dan usaha untuk ubah kehidupan manusia. Bukan syarikat yang baru setahun jagung yang belum tentu hidup bila dilanda masalah.

Shaklee dah lalu lebih dari 6 kali kegawatan ekonomi dunia dan masih berdiri teguh sampai sekarang.

Contohnya kontrak minuman hidrasi untuk ankasawan NASA sudah masuk tahun ke 26. Ada banyak kali kejayaan Shaklee dari dulu sampai sekarang.

5. Franchise Mampu Milik

Anda tentu minat dengan bisnes francais. Tapi dengan modal yang mencecah ratusan ribu ringgit, hanya sedikit yang mampu.

Bisnes Shaklee dipanggil ‘People Francise’.

Maksudnya anda boleh buka seberapa banyak cawangan di semua tempat tanpa kos.

Macam kami ada cawangan bisnes di Johor, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang. Lebih dari 100 cawangan pengedar Shaklee kami yang aktif.

Kesimpulan

Dengan modal permulaan yang sangat rendah, ramai pengedar Shaklee yang berjaya mendapat pendapatan bulanan sehingga 4,5 dan 6 angka.

Hanya dengan ilmu, bimbingan dan usaha yang berterusan, anda pun boleh.

Hubungi kami untuk perkongsian peluang bisnes yang hebat ini. [Klik di sini]

 

 

carian berkaitan: kelebihan bisnes shaklee, review bisne shaklee, kehebatan bisnes shaklee, kelebihan bisnes mlm, review bisnes mlm, bisnes mlm shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *