Skip to content

Seminar 2nd Income Ipoh Mac 2019

peluang bisnes di ipoh

 

Ini ialah Seminar 2nd Income pertama kami di Ipoh. Ceritanya bermula bila 2 minggu lepas salah seorang business leader kami, Tuan Amiruden hubungi saya. Katanya nak bantu kawan-kawan beliau di Ipoh untuk jana pendapatan tambahan.

Saya terus setuju dengan tarikh 3hb Mac 2019. . Beliau sediakan tempat dan kumpul peserta dari Ipoh dan Kuala Kangsar.

KL – Ipoh

Kami bertolak selepas subuh dari Ampang. Memang rancang tak nak singgah mana-mana. Perajalanan sampai ke Ipoh alhamdulillah lancar. Ada lori barang terbalik di lorong bertentangan. Tapi trafik bergerak dengan baik.

Kami tiba di Ipoh jam 9.15 pagi. Sempat sarapan dulu di sebuah warung roti canai tak jauh dari bilik seminar.

Program Bermula Tepat

Sampai saja di bilik seminar peserta sudah ada. Respect kat orang ipoh on time.  Dan semuanya ramah. Murah dengan senyuman.

Saya mulakan dengan memperkenalkan diri dan pengalaman saya dalam membina perniaga yang lumayan dan bertahan lama.

Kemudian topik diteruskan dengan 4 Formula Membina SIde Income Lumayan Dan Berkekalan. Topik ni sangat menarik kerana peserta terus boleh nampak apadakah kesilapan- kesilapan dalam perniagaan mereka yang dahulu.

Bukan kerana mereka tak bagus tetapi kriteria pemilihan produk dan sistem kurang sesuai. Ini menyebabkan bisnes jadi sangat susah untuk bertahan.

peluang perniagaan di ipoh

3 Sistem Bisnes Di Dunia

Topik menarik yang seterusnya bagaimana nak pilih jenis sistem perniagaan yang anda buat sikit tapi dapat banyak. Sebab masalah perniaga sekarang ialah bila mereka kerja keras sampai tak balik rumah pun masih dapat sedikit dan sementara.

Saya bongkarkan sistem bisnes yang anda boleh pilih yang menjimatkan modal, masa dan tenaga anda.

Sebab anda juga perlu masa untuk keluarga, diri dan ibu bapa anda. Takkanlah anda nak kena kerja dan habiska setiap masa lapang anda semata-mata untuk duit. Mesti ada cara yang lebih sistematik supaya anda ada duit dan ada masa.

Setuju tak ?

peluang bisnes di ipoh

1001 Pasaran Bisnes Yang Panas

Ramai orang sibuk cari produk dan pasaran bisnes yang bagus. Apa yang kami buat anda sedar yang produk dan pasaran bagus sudah sedia ada di tepi, depan, belakang anda. Semua dah ready !

Masalahnya ramai nampak benda jauh tapi buta benda dekat. Betul- betul rugi.

Kesimpulan

Kami akhiri program 2.5 jam dengan sesi soal jawab. Kami mahu peserta dapat keuntungan yang maksimum di atas pengkongsian kami. Dan alhamdulillah selepas kami tiba di Ampang, seorang peserta update kami yang beliau terus berjaya dapatkan pelanggan pertama.

Alhamdulillah.

Program Seterusnya

SIla rujuk jadual Seminar 2nd Income kami yang seterusnya di link ini [Jadual]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *