Hanya sebab ambik unpaid leave awal untuk persediaan bersalin awal, Faz hilang jawatan jurutera di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Tapi tak bermakna salah majikan. Majikan terpaksa dapatkan jurutera baru semasa Faz bercuti.
Tapi selepas bersalin, beliau dinasihatkan berhenti kerana majikan tidak mampu menggaji 2 jurutera.
Jadi, log story short lepas tu Faz buat apa ?
Cuba Dropship
Lepas habis pantang ada lagi rasa nak ada gaji engineer macam dulu. Faz pun carilah kerja. Hantar resume sana-sini. Dapat interview tapi tak ada rezeki.
Sambil cari kerja Faz cuba buat bisnes dropship. Tapi dapat tak banyak mana . Tak rasa macam gaji engineer.
Sebab nak lagi banyak, upgrade jadi stokis. Kononnya nanti dapat banyak ejen, banyak la untung. Tapi income tak banyak berubah. Yang berubahnya modal lagi tinggi. Sebabnya produk kurang berkualiti dan tak ada repeat order. Penat !
Cuba MLM Haram Jadah Pulak
Dah tak sabar nak income besar, Faz join pulak MLM yang jenis skim cepat kaya. Labur modal beribu ringgit. Masa nak join nampak senang tapi bila dah buat macam tak nampak jalan. Rasa menyesal pulak labur modal besar tapi cubalah juga buat. Modal lebur macam tu je.
Next…
Jadi Founder Produk Pulak
Masa tu fenomena buat produk sendiri. Dah dropship tak jadi, MLM tak jadi, Faz tak putus asa juga. Kalau ikut memang rasa serik dah. Tapi kalau tak cuba mana kita tahu jadi ke tak.
Kalini labur lagi modal. Faz reka tudung sendiri. Wah sekarang dah ada title product founder.
Rasa memang bangga masa stage nak launching tudung. Sebab tengok founder lain meriah dengan promosi dan sales. Faz pun harap jadi macam tu.
Nak lagi besar Faz belajar pemasaran online. Faz pergi kelas dan labur banyak duit sampai jadi pandai la bab FB Ads.
Tapi baru Faz sedar, setakat ada produk saja dan pandai marketing tak cukup. Bisnes tak jadi macam yang Faz harap walaupun Faz kerja keras. Rasa macam susahnya nak ada jualan 5 angka sebulan. Padahal dah jadi founder dah. Kos FB Ads pun Faz boleh turunkan sampai 1 set per klik. Untung memang sedih dan bagitau. Takat ratus-ratus je sebulan.
Mana silapnya ?
Jodoh Dengan Bisnes Ultimate
Modal dah beribu ringgit. Masa dah 3 tahun. Faz rasa macam tak percaya dah yang bisnes boleh bagi pendapatan yang Faz nak. Sebab dah cuba macam-macam.
Tapi Allah sambut doa Faz. Satu hari masa tengah duduk sambil scroll FB, jumpa satu iklan bisnes. Apa yang disebut dalam video tu setepek kena dengan apa yang Faz rasa selama ni.
Ayatnya lebih kurang ‘ Dah lama berniaga tapi untung hanya ratus-ratus je sebulan’. Kononnya ada formula nak bagi income 4-5 angka sebulan.
Jadi untuk kesekian kalinya Faz cuba. Tapi kalini lebih berhati-hati. Faz tak mahu keluar modal besar. Faz nak tengok dulu.
Founder Bisnes Ultimate, Puan Ziela & En Amin jemput Faz ke rumah mereka. Faz pun datang. Masa tu ada beberapa peniaga yang baru join jugak. Dari sesi pertama Faz nampak apa yang Bisnes Ultimate tawarkan sangat simple.
Bisnes yang rendah modal, produk berkualiti, tinggi repeat order, teknik pemasaran yang mereka dah cuba dan group support yang sangat aktif.
Jadi Faz rasa Faz boleh buat. Faz teruskan. Lagipun hampir tak ada risiko.
Harini Ini..
Fab sebelum bersalin anak ke-3. Faz bukan saja peniaga tetapi sedang melatih peniaga baru untuk sama-sama berjaya.
Selepas setahun Faz pun tak percaya jadi macam ni. Jualan bulanan Faz mencecah RM25,000 sebulan dan sekarang masih naik setiap bulan. Semua ni Faz dapat hanya dengan modal RM75 dulu.
Betullah mentor Faz cakap, bisnes besar tak semestinya modal besar. Yang penting produk mesti berkualiti, buat dan sabar.
Seminar 2nd Income
Jika anda dah pernah gagal macam-macam bisnes sebelumni, Kami sangat cadangkan anda hadir ke Seminar Second Income ini. Kami berikan FORMULA rahsia kejayaan kami membina jualan 5 angka sebulan.
Bukan itu saja tapi inilah juga sistem yang digunakan oleh Faz untuk bisnes pendapatan besar dan stbil setiap bulan.
Yuran komitmen hanyalah RM30 seorang. Sila klik ‘SECOND INCOME‘ untuk mendaftar.