Skip to content

3 Tips Buat Jualan Tinggi Walaupun Tak Ada Ilmu Marketing Tahap SIFU

Ramai peniaga baru bertanya tentang tips nak menjual dengan senang.

Kami berniaga sejak 2010 dan sampai sekarang kami tak jumpa lagi cara short-cut nak buat jualan besar. Walaupun guna pemasaran berbayar tetap kena ambil masa untuk berkesperimen dahulu.

Tapi 3 tips ni kami buat sejak tahun 2013 dan dah berjaya bantu ramai rakan bisnes yang bernaung di bawah Bisnes Ultimate.

Sertai Bisnes Ultimate [di sini]

cara menjual produk dengan mudah

3 Tips Jualan Tinggi

Saya jamin kalau anda buat 3 tips ni, jualan anda meningkat dengan cepat. Syaratnya anda kena konsisten.

1) Guna Dan Dapatkan Testimoni Diri Sendiri

Keyakinan yang sebenar-benar yakin mesti datang dari diri sendiri. Anda berani guna sampai dapat kesan yang anda nak.

Ramai peniaga cuba jual produk yang mereka tak mampu jual pada diri mereka sendiri. Yakin tu hanya tahap lisanul yakin. Hanya baca teeori atau dakwaan-dakwaan yang belum tentu terbukti.

Tapi bila anda sendiri dapat rasa perubahan positif, maka keyakinan anda akan melonjak ke langit. Anda boleh jawab rejection dengan mudah. Sebabnya, anda sendiri dah rasa.

Dulu, kami menjual macam-macam produk tapi kami sendiri takut nak cuba. Tak ada kajian, model dibayar dan tak banyak sangat testimoni yang meyakinkan. Akhirrnya kami beralih kepada produk yang lengkap dengan kajian dan ribuan testimoni berjaya.

Kami amalkan produk sekeluarga. Kami lihat masalah kesihatan kami makin baik. Anak kami yang dulu tiap-tiap bulan lelah alhamdulillah dah tak  lelah. Dah bertahun-tahun kami tak demam. Antibodi tubuh kami sekeluarga kuat.

Termasuk mak dan ayah kami yang cergas pergi mengaji dan berkebun. Dulu naik tangga masjid pun sakit. Duduk bersila lama pun sakit. Semua pengalaman ni bagi kami kemudahan buat jualan dan bantu ramai lagi pelanggan.

2) Mulakan Dengan Niat Yang Betul

Niat nak bantu orang sihat. Bila sihat, mereka boleh hidup dengan baik. Boleh cari rezeki. Boleh beribadah dengan lebih sempurna.

Duit akan datang bila kita selesaikan masalah orang. Bila kita sendiri dah rasa dan yakin, bantulah orang lain pulak.

Bila kita niat nak bantu, kalau mereka reject pun kita boleh terima. Ikhlas tak semestinya percuma. Berkongsi bagaimana produk kita boleh bantu mereka sihat pun satu pekerjaan yang dituntut.

Dan satu lagi bila kita niat betul-betul nak bantu mereka, kita akan boleh follow up mereka banyak kali. Setiap usaha kita ada pahala. Akhirnya ada keuntungan dalam bentuk duit.

3) Jangan Jadi Robot

Ramai peniaga yang terlalu bergantung pada skrip dan poster sampai pelanggan nampak kita macam robot. Ingat, kita meniaga dengan manusia. Manusia ada perasaan.

Manusia perlukan perhatian. Sekali kita layan dia macam robot, dia akan cop kita ni nak duit saja.

Mulakan proses jualan dengan fokus pada masalah pelanggan. Dengar cerita mereka. Rasa apa yang mereka lalui. Kita akan lebih rasa nak bantu mereka.

Kesimpulan

3 tips ni nampak mudah tapi tak semua orang buat. Sebabtu ramai masih struggle nak bina jualan yang besar. Perubahan hanya akan berlaku bila anda berubah.

Bina Pendapatan Dengan Produk Tinggi Permintaan & Komisyen Lumayan

Kami sediakan produk, sistem kejayaan, pemasaran, jualan dan sokongan kumpulan bagi anda yang serius nak ubah kehidupan dan capai impian.

Konsep kami berkerja secara kumpulan dan bantu anda bina pendapatan lumayan yang konsisten dengan modal rendah.

Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp dengan menekan link ini [Info Bisnes Ultimate]

Kelas Online Percuma Dalam Komuniti Bisnes Ultimate

Jangan lupa klik di link di bawah. Komen, share dan subscirbe dengan kawan-kawan anda yang lain untuk manfaat bersama.

💰 Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)

Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang nak capai impian masing-masing. Saya adakan kelas tentang marketing, sales dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.

🚻 Facebook Bisnes Ultimate – (Like & Follow Saya)

Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.

🔮 Instagram Amin Kamarudin – (Follow Saya)

Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *