Skip to content

Tips Isteri Nak Berniaga Dan Menjaga Rumahtangga

Zaman sekarang ramai orang perempuan berniaga.

Bahkan dalam banyak sektor anda boleh tengok wanita lebih mendominasi. Isteri, ibu, wanita bujang dan remaja ramai yang popular dengan kejayaan masing-masing.

Jadi dalam artikel ni saya akan berkongsi tips bagaimana seorang isteri boleh berniaga dan dalam masa yang sama menjaga rumah tangga.

Kelebihan Wanita Dalam Berniaga

Salah satu kelebihan yang ada pada wanita ialah mereka boleh ‘multi tasking’.

Mereka boleh buat beberapa kerja dalam satu masa. Berbanding lelaki tidak begitu fokus pada banyak tugasan yang berbeza.

Contohnya saya sendiri pernah uruskan lebih daripada 20 projek berkaitan oil and gas tetapi semua projek ini adalah lebih kurang sama.

Tapi wanita (isteri contohnya) boleh uruskan anak, memasak, kerja dan berniaga setiap hari. Itu hebatnya wanita.

Tips Isteri Berniaga

Sepanjang saya melatih ramai peniaga termasuk suami dan isteri, acap kali saya mendengar aduan suami isteri bergaduh sebab isteri berniaga.

Isteri biasanya merajuk sebab merasakan usaha mereka tak dihargai oleh suami. Yelah dah penat buat macam-macam tapi suami tak sokong.

Dalam kes macam ini, suka saya kongsikan adakah BENAR suami tak suka isteri berniaga ataupun ada sebab lain yang menyebabkan perbalahan.

1. Kebenaran Berniaga Adalah Bersyarat

Tempat isteri yang hakiki ialah sebagai perhiasan bagi suami.

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

Riwayat Muslim (715)

Jadi jika dengan berniaga isteri boleh jadi lebih baik dari segi pakaian, layanan dan akhlak, maka tidak timbul masalah.

Tapi jika lebih banyak marah-marah dan makin mengabaikan tanggungjawab, maka semua suami sanggup isteri untuk berhenti berniaga.

2. Sekalipun Sibuk, Ingat Pemintaan Suami

Seorang pakar Kaunseling terkenal bernama Gary Chapman menulis buku tentang ‘5 Love Langguages’.

Buku ini menceritakan tentang Bahasa Kasih manusia. 5 bahasa kasih ini ialah:

  • Kata-kata pujian,
  • Khidmat
  • Hadiah
  • Masa yang berkualiti
  • Sentuhan fizikal

Kenapa 5 bahasa kasih ini penting untuk menjaga keharmonian rumah tangga ?

Bila berniaga isteri menjadi sibuk. Sudah pasti pengurusan masa dah tak sama macam dulu. Pasti ada yang terkurang daripada biasa. Dan majoriti suami faham dengan proses kejayaan. Kita kena korban sesuatu untuk dapat sesuatu.

Tetapi banyak kes-kes bila isteri terlalu fokus, terlalu banyak perkara yang terabai terutamanya apa yang diutamakan oleh suami.

Jadi anda perlu kenal bahasa kasih suami anda. Samaada mereka perlukan kata-kata pujian, masa berkualiti, khidmat atau sentuhan fizikal.

Suami biasanya jarang meminta apa-apa. Tapi apa yang dia ‘pernah’ minta itulah keutamaannya. Selagi anda jaga keutamaan itu, kekurangan lain yang tak disengajakan tidak akan menjadi masalah.

Contonya suami suka masa anda berdua dengannya tanpa gangguan telefon. Atau suami suka isterinya memasak.

Kalau semua ni hilang bila sibuk berniaga, anda boleh jangkakan masalah tak lama lagi.

Tapi, jika tidak, ia boleh mengundang padah.

3. Mulut Lelaki Di Hati

Umum tahu bukan kerektor lelaki untuk meluahkan apa yang mereka tak selesa. Biasanya disimpan dalam tempoh masa yang lama.

Lelaki jarang menegur sebab isteri biasanya cepat emosi. Tetapi bila sudah ditegur pun tetap tak berubah, ia boleh menjadi masalah yang besar.

Jadi, anda boleh ingat balik apa punca perbalahan sebelum ini, mungkin kali ini pun sebab yang sama.

4. Suami Tetap Suami

Ada pasangan yang sama-sama berniaga. Ada yang isteri lebih menonjol berbanding suami. Mungkin isteri lebih banyak berikan keuntungan pada bisnes.

Seboleh-bolehnya suami nak jadi penyokong nombor satu anda dalam apa juga keadaan. Tetapi awas, jaga adab dengan suami. Adalah suami nampak seperti kuli walaupun tidak berniat begitu.

5. Kalau Pelanggan Boleh, Kenapa Suami Tak Boleh

Orang perempuan memang hebat dalam menjual. Mungkin sebab itulah ramai ahli perniagaan perempuan yang berjaya.

Anda boleh layan ramai pelanggan yang berbagai kerenah. Mungkin puluhan dan ratusan pelanggan sebulan. Anda faham bagaimana nak bantu pelanggan anda atasi masalah mereka.

Jadi, takkanlah anda tidak boleh faham seorang saja suami anda. Anda mungkin sudah berkahwin bertahun-tahun. Anda pasti jelas apa yang suami anda suka.

Kesimpulan

Sebenarnya jawapannya sudah ada ditangan anda. Saya tak mengatakan hanya isteri boleh membuat perubahan. Sama juga pada suami.

Anda boleh kongsikan artikel ini pada isteri-isteri yang berniaga semoga kebahagian mereka terpelihara.

Saya doakan peniagaan anda maju jaya dan berkat.

Amin Kamarudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *