Apa yang anda perlu untuk jadi youtuber yang berjaya ? Tonton video di bawah sampai habis.
https://youtu.be/P26fz6hGcek
Sila klik link ini untuk [Penerangan Bisnes]
5 Cara Jadi YouTuber Berjaya Tahun 2021
Saya Amin Kamarudin dari Bisnes Ultimate, pada tahun 2013 daya bina channel dengan partner saya dengan isteri Norfaziela. Saya nak kongsi 5 cara jadi youtuber berjaya.
1. Bermula channel dengan satu niat
Saya punya niat kenapa saya mulakan channel youtube sebab saya nak besarkan bisnes saya, nak ubah hidup, nak satu channel pemasaran yang mula-mula saya kerja kemudian channel tu akan kerja balik untuk saya.
Contoh peringkat baru kita buat video dan macam-macam kita buat. Peringkat baru susah nak buat video sebab tak biasa lagi, nk cakap tu gugap lagi, tak reti lagi nak edit, kualiti video peringkat awal kita guna je apa yang ada jadi benda ni adalah cabaran-cabaran pada peringkat awal yang sangat berbaloi pada saya.
Kenapa ? Sebab pelajanan untuk mulakan tu dalam keadaan orang lain masa tu takdak lagi orang mengajar macam ni masa tu, semua buat sendiri je. Ada juga kawan-kawan bagi idea “kau cakap je semua benda yang kau tahu tentang masalah tu” dari situ saya belajar sikit-sikit.
Saya masih setia dengan youtube, walaupun saya ada cabaran atau masalah walau macam manan tu saya tetap balik kepada youtube juga sebab niat saya masa nak buat youtube sebab saya nak bina satu channel yang boleh bagi saya income bertahun-tahun.
Saya kerja keras mula-mula dan saya boleh bina income bertahun-tahun. Sebelum ni yang saya tahu blog adalah platform yang sangat bagus tertapi pada saya, tapi saya tak suka menulis kecuali kalau perlu. Jadi saya lebih selesa buat video sebab siap lebih cepat.
2. mindset
Adakah youtube sekadar benda-benda biasa yang kita posting kalau fikir macam tu dia akan jadi biasa, tapi kalau kita fikir youtube ni kita nak jadikan satu tempat yang boleh hasilkan income. Ibarat air yang mengalir tanpa henti kalau macam ni mestilah kalau kita nak duit yang banyak mengalir dari youtube ni takkan lah kerja kita macam takdek dapat duit. Kerja kita mestilah setaraf dengan apa income yang kita nak.
Contohlah kita nak Rm5,000 sebulan dari youtube takkan kerja kita macam Rm100 macam tak kena je kan ? Jadi kita kena baiki kita punya ilmu dan baiki kita punya sikap. Kita kena ada sangkaan yang betul dengan youtube, youtube ni bukan skim cepat kaya bukan buat satu 1 video atau 10 video terus jadi jutawan, bukan macam tu.
Semua benda perlukan usaha dan masa tetapi youtube ni best sebab apa ? Sebab usaha kita yang sekali tu dia akan bertahan lama. Contoh posting dekat facebook, ada ke orang posting dekat facebook jumpa yang 5 atau 6 tahun lepas, tak dek. Tapi dekat youtube ada, saya punya video-video yang saya buat pada tahun 2013 masih lagi bagi sales 5 angka sebulan. Jadi benda ni yang best dengan youtube.
3. Fokus topic
Apa masalah yang anda nak selesaikan ? Andai anda boleh selesaikan banyak masalah atau satu masalah tapi ramai orang anda boleh dapat income yang besar. Saya yang anda nak target ? Anda kena jelas, sapa yang tak jelas mungkin sebab tu channel youtube tak berkembang. Sebab kita pun tak jelas nak pegi mana, kita pun tak tahu nak pegi mana, apa tujuan kita ? Ada orang buat channel contoh cara main gitar, cara nak ootd, cara memasak, jadi semua target market jelas.
Cuba kita tengok rancangan dekat tv semua ada tergat dia jadi kita kena bina target supaya terbukak idea-idea apa lagi yang kita nak kongsi dalam channel kita.
4. Konsisten
Youtube tak tengok kalau sekali kita publis 50 video, tak. Youtube tengok macam mana attitude kita kepada youtube, kepada channel kita ? Saya mula perasan sebab saya dah lama buat youtube. Ada masa saya aktif banyak order masuk, banyak orang pm, banyak orang join tapi bila saya tinggal sebulan semua kurang. Ini yang saya belajar sebab takdek orang yang terus konsisten dia adalah proses jadi dari situ bila kita jarang buat video nampak jarang menyebabkan subscribed tak naik, youtube tak support atau video tak naik tapi kalau tiba-tiba kita update video atau publis video tiba-tiba ada je video yang youtube viralkan kepada orang.
Tiba-tiba isteri saya tanya ada buat video buasir ke ? Takdek tu video lama tapi ramai orang datang beli. Saya takdek video tentang tu, ada buat tapi topic lain tapi ramai yang datang dari video lama. Memang macam tu, kalau kita baik dengan dia, dia baik dengan kita.
Tapi isunya ialah kadang-kadang kita ni terlalu cepat nak keputusan, ni fikiran kena jaga bila kita baru buat video tak seberapa, ilmu kita mungkin tak berapa kemas lagi, kita punya penyampaian atau kualiti video tak berapa memuaskan lagi. Kita dah nk youtube bagi kita duit banyak jadi tak boleh macam tu. Kita kena bawak sikap yang betul kepada youtube dan youtube boleh bagi income yang kita nak.
5. Produk & servis
Kena ada produk & servis kalau kita nak jual sesuatu atau kalau anda nak pegi kepada gaji dari youtube anda kena buat video yang boleh pegi kepada viral. Macam saya, saya bukan taknak video saya viral tapi saya nak video saya pegi kepada orang yang pasifik macam video kesihatan saya, saya tak nak keyword jenis petua sebab orang macam ni bukan nak beli tapi nak belajar jadi saya nak keyword jenis orang nak beli contoh cara cepat kecutkan gout, cara cepat legakan sakit lutut, sakit tapak kaki atau cara cepat untuk masalah turunkan berat. Jadi saya suka kepada benda orang memang nak beli dan nakkan produk yang boleh bagi dia penyelsaiaan masalah.
Kelas Online Percuma Dalam Komuniti Bisnes Ultimate
Jangan lupa klik di link di bawah. Komen, share dan subscirbe dengan kawan-kawan anda yang lain untuk manfaat bersama.
💰 Facebook Passive Income Community (Masuk Percuma)
Facebook Group Passive Income Community (PIC) ialah mastermind group yang menghimpunkan ramai peniaga yang nak capai impian masing-masing. Saya adakan kelas tentang marketing, sales dan cara kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Jom sertai kami.
🚻 Facebook Bisnes Ultimate – (Like & Follow Saya)
Belajar secara percuma cara bina bisnes dari rumah dalam FB Live saya setiap minggu. Anda perlukan motivasi untuk terus semangat dalam apa yang anda buat.
🔮 Instagram Amin Kamarudin – (Follow Saya)
Dapatkan tips bisnes dan motivasi harian dari Ig saya.
YouTube Bisnes Ultimate – (Youtube Saya)
Dapatkan lebih banyak cara dan tips tentang bisnes di youtube saya.
💌 Whatsapp [Whatsapp Saya]
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
carian berkaitan:
youtuber, youtuber berjaya, buat youtuber, cara jadi youtuber